10 July 2008

Hanya Askar Wataniah Unit Siri 300 diserap ke Rejimen Sempadan

Berita Harian

TENTERA Darat ingin merujuk keluhan 'Anak Watan' yang disiarkan ruangan ini, 2 Julai lalu mengenai langkah penyerapan anggota Askar Wataniah ke pasukan tetap dalam Rejimen Sempadan dan menganggapnya tidak telus.

Untuk makluman, penyerapan Askar Wataniah ke Rejimen Sempadan dilaksanakan terhadap pegawai dan anggota yang sedang berkhidmat di Unit Siri 300. Sehubungan itu, isu anggota dan pegawai dipinggirkan tidak timbul termasuk mereka yang pernah berkhidmat di Unit Siri 300. Unit lain tidak terbabit dalam penyerapan ini.

Fakta penempatan Unit Siri 300 yang sedia diatur gerak di sempadan adalah bertepatan hasrat kerajaan untuk menukar status Angkatan Sukarela kepada Angkatan Tetap.

Pendekatan itu adalah sejajar tanggungjawab Rejimen Sempadan yang ditugaskan untuk mengawal sempadan negara daripada dibolosi anasir yang tidak diingini.

Penyerapan pegawai dan anggota Angkatan Sukarela ke Angkatan Tetap masih diteruskan.

Justeru, peluang pegawai dan anggota Askar Wataniah di Unit Siri 300 dan pasukan sasaran penting untuk diserapkan masih terbuka dan boleh dilaksanakan sekiranya mematuhi syarat ditetapkan.

Pegawai berminat hendaklah menghantar permohonan mengikut saluran pemerintahan masing-masing.

MEJAR ZAHRULLAIL HIDAYAT,
Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan.

7 comments:

Anonymous said...

bagaimane nak mintak ke unit 300 sedgkan dlm siri 505 susah nak pergi ke300?sy minat yg mendlm dlm atm untk regular sy mohon hmpir11 kali tp kecundang......sy dpt twrn 505 (aw) tp terlalu susah nak dpt pergi ke kerahan atau unit 300..sy disni iginkan pnjelasan mcmana sy nak buat dari tua mejar.sekian

Unknown said...

salam. angota wataniah yg blm serap di unit rs akn diserap atau tidak?? sy kija dah 10thn pkt kpl. atau akn tukar ke siri 500??

This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam. angota wataniah yg blm serap di unit rs akn diserap atau tidak?? sy kija dah 10thn pkt kpl. atau akn tukar ke siri 500??

Unknown said...

Berapa lama kah kerahan itu akan di langsung kan...maksud saya...berkhidmat di Wataniah berapa lama agaknya baru di serap masuk ke RS "REJIMEN SEMPADAN"