04 June 2008

Musykil pengiktirafan ijazah lepasan IPG

Utusan Online

SAYA salah seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) ambilan kedua di institut perguruan. Ijazah kami bakal dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ambilan pertama PISMP dijalankan secara berkembar dengan universiti dalam negara dan luar negara. Ijazah mereka dikeluarkan oleh universiti berkenaan.

Oleh sebab ijazah kami akan dikeluarkan oleh IPG maka timbul beberapa kemusykilan. Yang utama ialah pengiktirafan ijazah. Adakah ijazah kami akan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Kemusykilan ini timbul kerana kami merupakan program rintis dan sehingga kini tidak dinyatakan hal pengiktirafannya, sedangkan kami sudah berada di tahun dua.

Kemusykilan kedua ialah semua IPG tempat kami belajar tidak mempunyai pakar dan pengiktirafan pakar akademik. Memang ramai kalangan pensyarah berkelulusan Ph.D., namun purata mereka berada di gred DG41. Gred ini bersamaan gred dengan guru di sekolah rendah sekarang.

Adakah MQA akan mengiktiraf kursus-kursus yang diajar oleh bukan pakar atau pakar yang tidak diiktiraf oleh JPG sendiri atau tenaga pengajar yang bersamaan gred dengan guru di sekolah?

Kemusykilan ketiga, berdasarkan tinjauan daripada internet, semua institusi yang mengeluarkan ijazah mempunyai tenaga akademik berjawatan profesor atau profesor madya.

Hal ini sebaliknya di IPG. Ada ketua-ketua jabatan di IPG yang sekadar berkelulusan ijazah pertama dan tidak terbukti keilmuannya itu bersamaan tarafnya dengan ketua jabatan/dekan di universiti atau jawatan profesor? Pihak IPG sendiri tidak iktiraf ketua jabatan di IPG, berbanding ketua bidang di sekolah.

Kemusykilan keempat, cara pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut rakan-rakan daripada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), cara pengajaran di IPG agak aneh dan tidak menyamai cara pengajaran di universiti. Tidak ada tutorial. Pensyarah sering 'ponteng kuliah' kerana diarah melaksanakan projek di sekolah-sekolah pedalaman.

Kami bimbang MQA tidak mengiktiraf ijazah kami. Jika hal ini terjadi maka sia-sialah kami belajar. Apa guna mempunyai ijazah sedangkan gaji dibayar pada gred SPM sahaja. Harap pihak kementerian memandang berat dan memaklumkan hal ini demi kebaikan bersama.

1 comment:

Anonymous said...

maaf jika saya bertanya beberapa soalan:
1) kamu dr IPG mn?
2) semua pensyarah yang mendapat kenaikan pangkat sebagai ketua ajbatan adalah dr kalangan pegawai yg menduduki tangga gaji DG44-48 dan mereka perlu memperolehi master baru layak untuk mengajar program ini.sila semak dengan bahagian pengurusan staf IPG anda. mana anda mendapat maklumat mengenai DG41?
3)selagi projek kerajaan dan masih dalam kajian, jgn risau, insyaAllah akan lulus MQA asalkan kamu baut apa yg sepatutnya..kami yg 1st batch ni pn perlu lalui perkara yang sama..so,fare n square..still kena sediakan perkara macam2 dan diselia oleh pihak universiti dan MQA..TQ..
4)menjadi guru dengan belajar di universiti awam atau swasta mmg xsama..saya mempunyai pengalaman belajar di UITm melaka dahulu dan kemudian PISMk selama 5 1/2tahun..nampak di sini bahawa pengajaran di IPG berlandaskan pedagogi dan bukan belajar secara ambil,suap,simpan,n guna masa periksa sahaja.
5)berkenaan tentang professor madya dan Ph.D...bukan tiada pensyarah yang tidak ada PhD,ada...tentang professor madya pula..mana mungkin maktab yang baru naik taraf jd Institut mengiktiraf pensyarah menjadi professor dalam sekelip mata..kamu kena belajar dulu sejarah UiTm dr mula sampai menjadi universiti..

harap maklum..jangan mudah berkata2..rujuk dan kaji dengan baik..saya bercakap dan mengulas berdasarkan pengalaman..fikir dengan bernas...utara kn pada pensyarah jika kamu masih musykil..

semoga mendapat yang terbaik dan menjadi guru yang berwibawa..amiin...