21 August 2007

Segera lulus Unit Pendakwaan LPKP: Khaled

Berita Harian

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDC) mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera meluluskan penubuhan Unit Pendakwaan menerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi memudahkan agensi itu mendakwa pihak yang mengingkari Akta LPKP 1987.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata permohonan menubuhkan Unit Pendakwaan LPKP sudah dikemukakan beberapa kali sejak 2004 namun belum ada maklum balas positif diterima dari JPA.

"Saya tidak minta pegawai penguatkuasa kerana pegawai penguatkuasa kita (LPKP) sudah ada. Yang kita minta ialah pegawai pendakwa kerana macam mana tegas pun undang-undang yang ada, tetapi orang tidak akan takut jika kita tidak mendakwa mereka.

"Sebab itulah kita hendak wujudkan Unit Pendakwaan bawah LPKP supaya kita boleh mendakwa mereka yang melanggar peraturan dan syarat mengikut Akta LPKP," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan khas sempena sambutan bulan kemerdekaan dan perhimpunan bulanan MEDC di sini, semalam.

No comments: