Pegawai perlu maklumat tani terkini
Berita Harian
SERDANG: Pegawai Jabatan Pertanian perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini bagi membolehkan mereka melaksanakan kegiatan pengembangan pertanian lebih berkesan kepada golongan sasaran terutama petani luar bandar.
“Pegawai Pengembangan mesti tahu membezakan cara penyampaian teknologi kepada petani mengikut tahap pendidikan. Contohnya petani tidak berpendidikan tinggi, sudah berumur dan dengan petani moden yang mempunyai kelulusan tinggi.
“Tahap ilmu pengetahuan pegawai pertanian hendaklah sentiasa terkini dan mantap berbanding golongan sasar,” katanya pada majlis pelancaran Hari Qualiti Jabatan Pertanian 2007 di Serdang, di sini semalam.
Beliau berkata, tanggapan orang ramai bahawa pertanian bidang yang sangat mudah tidak benar kerana pertanian memerlukan ilmu dan pengusaha lebih mudah berjaya jika menjadi petani moden berpengetahuan.
No comments:
Post a Comment