06 January 2010

Harapan anggota tentera miliki rumah

Utusan Online

KENYATAAN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, selaku Menteri Pertahanan Malaysia, baru-baru ini supaya warga tentera memiliki rumah sendiri sebelum persaraan menampakkan beliau begitu prihatin terhadap warga tentera daripada segi kebajikan.

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap warga tentera apabila menamatkan perkhidmatan selain daripada mendapat faedah berpencen.

Hanya harapan kami warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar pihak tertentu dapat mengkaji balik kadar faedah bayaran balik pinjaman perumahan, menurunkannya daripada empat peratus kini kepada satu peratus.

Perkhidmatan tentera tidak sama dengan perkhidmatan kerajaan yang lain. Bagi anggota tentera lain-lain pangkat hanya berkhidmat sehingga 21 hingga 25 tahun.

Tetapi kadar bayaran balik pinjaman perumahan sama dengan kakitangan kerajaan yang lain yang berkhidmat 55 atau 56 tahun, sedangkan warga tentera hanya berkhidmat selama 21/25 tahun sahaja.

Dengan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedikit sebanyak sudah nampak ke arah perubahan dari segi kebajikan warga tentera di samping mempertingkatkan lagi mutu pertahanan negara. Berilah perhatian dan sokongan kepada jasa dan pengorbanan bekas tentera.

RAJA AZMAN

Seremban, Negeri Sembilan

2 comments:

Anonymous said...

Saudara Raja Azman.

Untuk makluman saudara Raja Azman, saya adalah seorang pesara ATM.... saya sebenarnya bukan berfikiran NEGATIF terhadap penghidupan selepas bersara dari tentera.... tapi adalah realiti kerana saya telah merasa keperitan TERPAKSA berdara dari perkhidmatan atas dasar yang telah dibuat sendiri oleh Kerajaan (khidmat 22 tahun). Cukuplah sekadar saya maklumkan kepada saudara bahawa TIADA APA2 KEISTIMEWAAN kepada saudara dan rakan2 yang lain di dalam tentera dan lebih2 lagi apabila bersara. Cadangan saudara itu adalah mustahil untuk dilaksanakan. Banyak dasar2 dan pekeliling yang menyatakan kelonggaran kepada bekas/pesara tentera tetapi ianya telah diketepikan dan dipinggirkan walaupun dasar2 dan pekeliling berkenaan masih berkuatkuasa. TIADA APA2 PELUANG PUN UNTUK BEKAS PESARA/TENTERA. Kita kena mula seperti budak lepasan SPM apabila kita memulakan penghidupan baru selepas bersara. Saudara boleh bertanya kepada rakan2 saudara yang terlebih dahulu bersara dari saudara. TANYALAHHHHH. Sekian.

Julian said...

Good reading thiis post