03 February 2009

PM tegur jabatan k'jaan susahkan syarikat....

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur sikap sesetengah kerajaan jabatan kerajaan yang lambat menyambung kerja-kerja kontrak dengan syarikat swasta.

abdullah ahmad badawi 020209 02Menurutnya, perkara itu menyebabkan timbulnya banyak kesusahan kepada syarikat-syarikat terlibat yang turut menerima tempias akibat kegawatan ekonomi dunia.

Abdullah, kelewatan itu menyebabkan syarikat terbabit - ada antaranya menunggu sehingga tiga bulan - datang sendiri bagi memohon meneruskan perkhidmatan mereka dengan kerajaan.

"Banyak kali datang jumpa, keluar ya, ya, ya... kemudian ya, ya, ya.... Orang Melayu kata, ya tak ada titik... kata orang tua-tua. Maknanya, orang kata, ya tu tak jadi," katanya ketika menyampaikan ucapan bulanan Perdana Menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan di Dataran Perdana di Putrajaya pagi ini.

Timbalannya Datuk Seri Najib Razak turut hadir.

Abdullah berkata, aduan-aduan yang dibuat berkaitan kelewatan itu ada yang sampai kepada pihak atasan, termasuk beliau dan timbalannya sendiri.

"Apabila pihak yang berkenaan buat aduan kepada orang atasan, kadang-kadang sampailah kepada saya atau Datuk Seri Najib.

"Bila perkara-perkara itu dibawa ke atas, timbullah rasa tak senang hati, marah pulak, kecik hati pula. Mereka kata dah kenal orang atas, ada kabel besarlah," kata Abdullah.

Sehubungan itu, dalam ucapan ringkas kira-kira sepuluh minit itu, perdana menteri menyeru amalan itu diperbaiki.

Manakala pihak syarikat terbabit hendaklah meneruskan kerja-kerja mereka seperti biasa kerana "pembaharuan (kontrak) akan tiba", tambahnya.

Beliau bagaimanapun berkata, agak lega kerana menurutnya sekarang sudah ada peningkatan.

No comments: