04 June 2009

Pejabat Tanah Grik tiada pegawai saksi

KELMARIN, kira-kira jam 11.30 pagi, saya ke Pejabat Tanah Gerik, Perak bagi melakukan proses pertukaran hak milik tanah atas nama saya dan abang kepada pemilik baru yang telah membeli tanah kepunyaan kami.

Apabila tiba di kaunter untuk membuat proses pertukaran, kami dimaklumkan oleh kerani di kaunter bahawa pegawai yang bertugas untuk menjadi saksi bagi proses pertukaran hak milik tiada di pejabat pada waktu itu. Kerani kaunter memaklumkan bahawa jawatan mereka sebagai kerani tiada kuasa untuk menjadi saksi bagi proses pertukaran hak milik. Ia mestilah disaksikan oleh pegawai lebih tinggi jawatannya.

Persoalannya adakah wajib semua pegawai pergi ke acara rasmi itu dan yang tinggal hanya kerani di pejabat. Sepatutnya, sekurang-kurangnya seorang pegawai yang ada kuasa, tinggal di pejabat untuk melicinkan tugas di kaunter.

YANG KECEWA,
Gerik.

1 comment:

Anonymous said...

SAYA RASA KERANI ITULAH PATUT JADI PEGAWAI TINGGI KERANA JUJUR DAN BERTANGGUNGJAWAB SERTA ADA MASA BERSAMA PELANGGAN.