02 June 2009

Antara guru, pegawai kerajaan

Utusan Online

Saya adalah salah seorang kaki tangan kerajaan. Isu CUEPACS Abaikan Lulusan Universiti tulisan Ridzuan Mahmud, Kuala Lumpur dan jawapan PTK Bukan Penentu Kenaikan Pangkat oleh Nik Noraini Nik Ya, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Perkhidmatan Awam yang disiarkan di ruangan ini 26 Mei lalu mendorong saya meluahkan isi hati.

Terlebih dahulu saya ingin mengulas tulisan Saudara Ridzuan Mahmud yang menyatakan bahawa golongan pendidik DG 41 dan DG 44 menerima arahan daripada pegawai Pejabat Pendidikan yang mempunyai gred lebih rendah.

Saya sangat bersetuju. Ada ketikanya suara mereka lebih tinggi daripada kami. Kami pula kelihatan seperti kerani bergred rendah.

Sebenarnya bukan itu sahaja. Kami (golongan pengurusan dan profesional) yang berkhidmat di sekolah tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti yang diterima oleh rakan-rakan kami yang sama kategori tetapi berkhidmat di jabatan atau kementerian.

Kalau mereka boleh duduk di bilik masing-masing kerana sudah menjadi penolong pengarah sekurang-kurangnya pada gred 41 dan 44, kami di sekolah jauh sekali.

Kami duduk bersesak-sesak dalam satu bilik. Lebih 10 tahun berkhidmat pun masih lagi menjadi guru biasa. Tetapi kami tak kisah kerana ini pilihan kami. Berkhidmat untuk negara.

Kenaikan pangkat rakan kami di jabatan atau kementerian juga lebih cepat berbanding kami.

Kami di sekolah terpaksa menunggu lebih lama ke jawatan sekurang-

kurangnya Penolong Kanan kerana kekosongan yang terhad.

Oleh itu, tidak hairanlah sebahagian besar daripada kami yang pencen dengan jawatan guru biasa sahaja.

Perkara ini hendak buat tak kisah pun tidak boleh juga kerana kami beranggapan kami juga berhak seperti rakan kami di jabatan atau kementerian.

Berilah kami hak yang sama rata dengan rakan-rakan kami di jabatan atau kementerian.

Menteri Pelajaran sebelum ini dan Menteri Pelajaran terkini telah pun mengumumkan pertambahan jawatan Guru Cemerlang dan memperkenalkan jawatan Guru Tingkatan Enam sebagai membantu kenaikan pangkat golongan pendidik. Tetapi perkara yang berlaku tidak seperti yang dikatakan.

Pada tahun 2007, kami beramai-ramai mengisi permohonan jawatan Guru Cemerlang sebagai menyahut seruan Menteri Pelajaran.

Selepas dinilai Jemaah Nazir dan mereka berpuas hati dengan prestasi kami, keputusan yang dinanti dengan penuh debaran tidak kunjung tiba.

Teruk sangatkah kami ini sehingga tidak layak dilantik sebagai Guru Cemerlang sedangkan saban tahun kami melahirkan pelajar cemerlang dan ramai yang memasuki IPT?

Seterusnya saya ingin merujuk tulisan Nik Noraini Nik Ya yang mengatakan bahawa PTK bukan penentu kenaikan pangkat. Terdapat syarat-syarat lain seperti kecekapan, kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, sifat-sifat peribadi dan lain-lain.

Sedap hati membacanya. Tetapi kenapakah permohonan kami untuk jawatan Guru Tingkatan Enam ditolak kerana semata-mata telah dilantik ke DG 44, dan tidak atau belum mempunyai keputusan DG 44 pada aras III atau IV, sedangkan kami telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengajar kelas tingkatan enam lebih daripada 10 tahun.

Saya terkilan rakan DG 41 yang baru tiga tahun mengajar tingkatan enam (syarat permohonan tiga tahun mengajar tingkatan enam dan lulus PTK) telah dilantik ke jawatan ini dan diberikan kenaikan ke DG 44.

Dengan kata lain, guru yang baru posting pada tingkat DG 41 dengan mudahnya dinaikkan ke DG 44 hanya dalam tempoh tiga tahun.

Bukan iri hati tetapi di manakah logiknya?

Kami yang baru dilantik ke DG 44 awal tahun ini setelah melalui time base selama 10 tahun diketepikan oleh kerajaan.

Kami diminta memohon semula selepas lulus PTK DG 44 yang akan diambil pada Ogos nanti.

Lantikan mungkin akan hanya dibuat pada tahun hadapan. Itu pun kalau kuota 5:3:2 di sekolah masih belum dipenuhi. Kalau kuota DG 48 Guru Tingkatan Enam sudah dipenuhi alamat gigit jarilah kami.

Pada peringkat permulaan ini semua guru yang sedang mengajar tingkatan enam masih dibenarkan mengajar tingkatan enam sehingga 2011.

Selepas itu apakah nasib kami apabila kami tidak dilantik tetapi telah mengajar pelajar tingkatan enam berbelas tahun lamanya? Malah ada dalam kalangan kami merupakan pemeriksa kertas STPM.

Tidakkah ini merugikan? Bukan kenaikan DG yang kami rebut tetapi minat kami yang lebih mendalam untuk mengajar pelajar tingkatan enam ini harap dipertimbangkan.

Jangan jadikan jumlah kami yang ramai ini sebagai alasan untuk menidakkan hak kami. Mohon Menteri Pelajaran membantu kami merungkai masalah ini.

13 comments:

Anonymous said...

susah sangat kah terima arahan dari pegawai gred rendah?
kamu guru,mereka di pihak pentadbiran..tentulah mereka BERHAK beri arahan..
kamu tahu tak selok belok kerja di bahagian pentadbiran?kewangan,perkhidmatan,sebutharga,cuti dsbnya...
kenapa golongan guru aja yang sentiasa mempunyai masalah terima arahan dari golongan gred rendah?
semua pegawai gred tinggi nie,darjat pun tinggi kah?
kalau cam tu,semua kerani,ptr pap di pejabat kena dari golongan ksu,menteri lah baru golongan guru SUDI "berkomunikasi" dengan mereaka?

srizals said...

Dalam memberi motivasi kepada pelajar2, guru2 akan berkata, berusahalah bersungguh2 untuk masa depan kamu, biar susah dahulu senang kemudian, namun dasar kerajaan kini sudah terbalik (PARITY GAP??), usaha tidak lagi menentukan pendapatan/masa depan yang gemilang. (Sama saja semuanya).
Kelihatannya kini semakin bijak anda, semakin anda menjadi liabiliti kepada kerajaan. Jangan salah faham, saya tidak menentang sedikitpun kenaikan untuk kumpulan sokongan. Pinta saya, keadilan. Berilah kenaikan yang adil kepada semua.
Mereka yang berijazah telah mengorbankan masa, kudrat dan wang ringgit yang besar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Mereka2 ini yang berusaha mencungkil potensi diri disebalik setiap cabaran, dugaan dan godaan, yang tidak memberi alasan untuk gagal atau menjadi biasa sahaja...(MODAL INSAN?)
Negara dibangunkan oleh mereka yang sanggup berubah.
Namun kini, mereka yang tidak berbuat apa2, malahan sedikitpun tidak berusaha, mendapat lebih daripada mereka yang berusaha.
Oh, pasal time based guru2,.. kakitangan lain, 3 thn, boleh naik, balik kursus, naik, sambung belajar, naik, ada master, PhD, naik, macam PTD, ..guru???? selepas SEPULUH tahun baru naik pangkat DG 44, lebih RM100,RM200 sebelum NAIK PANGKAT, DG29? DG 29 mendapat lompatan saujana RM 400, RM 500 lebih, tunggakan berbelas ribu, (baru betul naik pangkat) ke DG 32..Jangan salah faham, sekali lagi diingatkan kami bukannya dengki. Persoalannya dimanakah logik dan keadilannya. Nafikan logik ini dan serulah anak2 tuan2 sekalian, belajar biasa2 sudahlah, buat apa susah2, bergolok bergadai, berhutang untuk mengejar ilmu, Dapat gaji tak banyak beza dengan mereka yang tak payah bersusah payah...Buang masa je..Give merit to those who deserve it.. IF NOT..I'm afraid and deeply sad regarding the direction of our nation is heading..

srizals said...

Berikan contoh negara2 yang mengamalkan bos2 atau ketua2 yang bergred lebih rendah (kelulusan lebih rendah) dari pegawai2 bawahannya.
Ini adalah kejanggalan pentadbiran.
Mungkin kita patut tutup saja U2 kita, IPTA n IPTS.. Kita tak perlukan cerdik pandai untuk menjadi pemimpin2, cukup belajar cukup2 makan je...

Anonymous said...

Hidup Guru !Hidup SRIZALS !
tamatkan saja perkhidmatan semua kakitangan sokongan..
guru kita semua berkebolehan,berbakat,berwawasan dan berkarisma,tentu mereka mampu buat tugas lain selain mengajar,seperti memotong rumput,membersih tandas dan kawasan,buat gaji,cuti,pangkat dan lain-lain..
aman Malaysia tercinta tak ada golongan lain yang dapat merampas HAK guru..

Anonymous said...

en/pn srizal,
tak salah perjuang nasib sendiri tapi jgn menidakkan hak orang lain ,,itu saja persolan yg timbul,sekarang nie kebanyakan golongan guru seperti menafikan hak orang lain,,camner nak buat union cikgu sama cikgu bergaduh cam perang dunia ketiga,,,,menyalak bukit aje,,,bukan takde kat jabatan lain golongan yg gred lagi rendah memberi arahan pada yg lagi tinggi gred ,,cuma cikgu aja yg ego tak kena tempat

Anonymous said...

kalau dah belajar tak naik-naik pangkat lagi cuba kaji,,manatau dengan belajar,,masa untuk mencari idea mengajar terhad,,,spt yg cikgu kata walaupun 1/2 hari kerja,,byk kerja bawak balik rumah,,,,,betulke
buku ringkasan pun kebanyakan buat last minute.......ada lagi dasyat tak hantar pun sibuk la katakan buat tesis,masa minum teh.......ataupun tesis orang lain buatkan cikgu tinggal bayar je,,sebab tu gaji tak cukup,,,jgn nafikan ada yg buat begitu tapi tak semuala.....so jgn la anggap semua penjawat awam selain guru bangang sangat,,walaupun cikgu tak semua ilmu awak ada...

Anonymous said...

Saya bekas guru lebih 15 thn dan juga kakitangan biasa betul apa yang disaran, walau pun polis gred rendah macam traffick kalau diorang saman gred tinggi pun tak bleh halang. kuasa pecah dan perintah bukan gred lebih tinggi berkuasa.Contoh kalau SPRM panggil KSU untuk siasatan mereka mesti datang.

Anonymous said...

"...golongan pendidik DG 41 dan DG 44 menerima arahan daripada pegawai Pejabat Pendidikan yang mempunyai gred lebih rendah.

Saya sangat bersetuju. Ada ketikanya suara mereka lebih tinggi daripada kami. Kami pula kelihatan seperti kerani bergred rendah"

Sombongnya cikgu ni,nak layanan taraf VIP ke..Hope cikgu2 suma tak payahla nak bising2. Dala keja senang..yela hari2 buat benda yang sama..balik cepat pulak tu, ada pulak cuti sekolah lagi...Udah2la tu. buat keja kamu dengan ikhlas jer..tau2 ujung bulan dapat gaji..
Perasan x..ada guru2 yg betul2 dapat keja yang senang..cthnya macam makcik saya..da lebih sepuluh tahun mengajar di skolah yang sama, jarak dari rumah ke sekolah cuma 2km..
Bayangkanlah..Sejak posting di sekolah tu, dia tak pernah ditukarkan ke sekolah lain..X pernah merasa susah..Bukan sorang jer..ramai lagi cikgu2 yang dapat peluang mengajar berdekatan rumah mereka. sepatutnya kementerian hantar sikit cikgu ni posting jauh2,Ni tak balik2 muka cikgu nih..Kdg2 kami pun dok meluat sbb ada diantara depa ek semacam..macam sekolah tu bapak depa punya..
Kami yang keja sbg kakitangan sokongan ni kdg2 takder peluang langsung nak pindah dok jer kat putrajaya ni, ada yang berulang dari melaka, tampin..Lagi satu pengalaman saya bekerja dengan pegawai atasan gred 54 serta jusa takder pulak depa nak ek..malah golongan yang macm ni very humble, yelar cara org yg berpelajaran tinggi..kdg2 kita pulak yang naik segan..Kamu? cikgu2 yang kejanya yg ari2 mendidik org pun susah kami nak jumpa yg ok(ada yang ok tak suma mcm tu, cuma cikgu srizal ni jer hehe)
Bersyukurlah wahai guru..jgn kamu igt, org lain xder masalah..Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

Anonymous said...

sbb tu cikgu sekarang orang tak hormat macam cikgu dolu-dolu

Anonymous said...

Paku dulang, paku serpih..tolong sambung murid2..

Patutlah masalah sosial banyak sangat sekarang ni..

Orang tak hormat dah pada guru..

Cikgu Bisu.

Anonymous said...

Jangan main dengan api nanti terbakar jari.Asuhlah cikgu untuk protes supaya semua rasa seronok bila kementerian pelajaran berubah kepada pembangkang.Tak pa saya juga marahkan pada golongan yang menidakkan jasa guru.Kalau begitu kami menyokong kepimpinan yang ada diubah supaya hati ini puas kerana protes.Selamat.

Anonymous said...

Dendam kami tidak nampak .Jangan sampai kami mengajar anak murid untuk berfikir bahawa kerajaan yang ada tidak semestinya baik dan cubalah sesuatu yang baru supaya kita dapat berubah.

Cikgu Bisu said...

Takpa aih, dekat-dekat PRU macam-macam pembetulan boleh dilakukan. Kalau tak nak betulkan pun takpa. Masa mengundi tolong-tolong pakat ingat, no.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lepas dah sumpahan RM500....

Mengemis 2 bulan, dapat 1/2...Syukur aje la Labu....