22 July 2008

Azam KP baru Imigresen

Utusan Online

PUTRAJAYA 21 Julai - Pelan integriti Jabatan Imigresen akan dikaji semula bagi memastikan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian agensi itu diperkukuhkan, kata Ketua Pengarah Imigresen yang baru, Datuk Mahmood Adam.

Menurutnya, penglibatan pelbagai agensi kerajaan lain amat diperlukan bagi memulihkan kembali imej Imigresen yang tercalar akibat tuduhan rasuah.

''Kita akan cari satu pelan integriti baru untuk membaiki kelemahan yang ada dan laksanakan satu penambahbaikan yang berterusan."

"Imigresen mengamalkan prinsip terbuka dan akan melibatkan agensi-agensi yang berkaitan yang boleh membantu kita contohnya Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR)," katanya kepada pemberita selepas melaporkan diri di jabatan itu di sini hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan itu dilantik menerajui Jabatan Imigresen berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Wahid Don yang ditahan oleh BPR berhubung kes rasuah pada minggu lepas.

Wahid yang kemudian dibebaskan dengan jaminan telah ditukarkan ke Jawatan Kumpulan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 14 Julai lalu.

Mahmood yang terharu dengan pelantikannya mengetuai Imigresen bertekad mahu membanteras rasuah di kalangan pegawai dalam jabatan itu sepanjang perkhidmatan beliau.

Justeru, beliau akan memberi penekanan melalui penggunaan aplikasi dalam talian (online) secara menyeluruh untuk semua jenis pembayaran bagi mengelakkan berlaku ketirisan atau kebocoran di peringkat sistem penyampaian.

''Saya rasa sistem online lebih berkesan ke atas semua urusan terutama dari segi pembayaran kerana ia lebih terjamin dan tidak akan berlaku penipuan dan sebagainya.

''Imigresen merupakan satu jabatan yang membabitkan dokumen dan keselamatan negara, jadi kita perlu berhati-hati kerana ia melibatkan soal kerakyatan, malah seseorang yang melakukan kesalahan boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Mahmood, 55, pernah berkhidmat dengan Jabatan Imigresen pada awal pembabitan beliau dalam sektor perkhidmatan awam pada 1976 hingga 1980 sebagai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) yang baru dilantik, Abdul Rahman Othman berharap kelulusan membabitkan pekerja asing akan dilaksanakan secara adil dan berhemah.

''Kelulusan pekerja asing merupakan satu perkara yang ada kaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai. Jadi ia perlu dibuat secara berhati-hati bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka," kata bekas Pengarah Bahagian Pekerja Asing itu.

Beliau menggantikan Yusof Abu Bakar yang turut ditahan atas tuduhan rasuah.

1 comment:

Victoria Loans said...

Hello Kekasih di dalam Kristus,
Saya Menteri Victoria Osteen, Isteri kepada Pastor Joel Osteen Pastor Kanan Gereja Lakewood, gereja Protestan yang terbesar di Amerika Syarikat, Kami datang bersama-sama dan melihat bahawa sesetengah orang memerlukan sedikit bantuan kewangan dan bantuan jadi kami mengambil keputusan untuk membentuk sebuah syarikat pinjaman yang memberi manfaat oleh semua orang di atas 18, anda adalah daripada tidak penting tetapi apa yang kita jaminan anda adalah bahawa anda layak untuk pinjaman, anda mendapatkannya penghantaran hari yang sama ke akaun bank anda dengan syarat,
Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan

Hubungi syarikat pinjaman secara sah dan secara rasmi berlesen yang ialah Victoria Osteen Firma Pinjaman, A christian dibina Syarikat Pinjaman.
Untuk maklumat lanjut e-mel- victoriaosteenloanfirm@gmail.com