19 May 2008

Nasib kakitangan pilih skim KWSP terabai?

Utusan Online

SAYA terpanggil untuk memberikan komen atas pengumuman kerajaan terhadap kakitangan awam baru-baru ini khususnya mereka yang memilih skim pencen. Sejak dahulu hingga kini perjuangan CUEPACS lebih tertumpu kepada kakitangan awam yang memilih skim pencen. Kami amat menghormati usaha CUEPACS ini dan mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan awam yang memilih skim pencen atas manfaat yang kerajaan berikan kepada mereka.

Namun di sebalik usaha CUEPACS ini dan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kakitangan awam, golongan pemilih skim KWSP yang terdiri hanya lima peratus sahaja dari mereka amat terabai dan dianaktirikan.

Rasanya berpuluh surat telah dipaparkan di dada akhbar dan isu ini telah diketengahkan kepada CUEPACS tetapi sayangnya golongan pemilih skim KWSP langsung tidak pernah diberikan perhatian oleh kerajaan mahupun diperjuangkan oleh CUEPACS. Sedangkan dengan jumlah yang kecil (5%) sepatutnya usaha untuk memberikan kebajikan kepada golongan ini adalah lebih mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Kami yang telah memilih skim ini akur atas keputusan yang telah dibuat disebabkan maklumat oleh majikan ketika itu adalah kabur dan tidak berpeluang untuk menukar kepada skim pencen.

Atas sebab itu kami merayu pihak kerajaan dan CUEPACS agar memberikan pertimbangan yang khusus kepada golongan pemilih skim KWSP iaitu:

l Menambah caruman majikan (kerajaan) kepada 17 peratus (sekarang 12 peratus).

l Menentukan dan menjamin jumlah dividen yang wajar untuk pencarum KWSP iaitu melebihi tujuh peratus setahun.

l Pemilih skim KWSP wajar dihargai atas sumbangan dengan perkhidmatan kerajaan dengan menerima ganjaran (graduiti) berdasarkan tempoh perkhidmatan.

l Pengeluaran khas untuk mengerjakan fardu haji pada usia muda (35 tahun ke atas) - syaratnya wang ini dibayar oleh KWSP terus kepada Tabung Haji.

l Kemudahan rawatan dan perubatan percuma di hospital kerajaan selepas bersara. (Apa yang dikesalkan ialah selepas ber- sara, pemilih skim KWSP tidak langsung dihargai sumbangannya).

Cadangan ini adalah amat wajar dipertimbangkan seterusnya diluluskan kerana pencarum KWSP dari kalangan kakitangan kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan selepas bersara, kos sara hidup yang semakin tinggi pada ketika usia tua, kadar inflasi yang menjejaskan simpanan, duit tabungan yang terpaksa dibelanjakan untuk perubatan dan kos-kos lain yang tidak dijangkakan. Segala kajian terhadap skim pencen selepas dari ini dan seterusnya tidak menguntungkan pemilih skim KWSP kerana mereka tidak terlibat apabila tamat perkhidmatan dengan kerajaan.

Pemilih KWSP yang terdiri dari hanya lima peratus dari keseluruhan kakitangan awam berharap agar kerajaan dan CUEPACS tidak terlepas pandang akan nasib mereka yang sehingga kini tiada pembelaan. Kepada CUEPACS yang sedang memperjuangkan kebajikan kakitangan awam, pandanglah juga pemilih skim KWSP yang selama ini diabaikan. Bantulah kami yang juga anggota perkhidmatan awam sama seperti pemilih skim pencen.

WAKIL PEMILIH SKIM KWSP

Kuala Nerang, Kedah.

7 comments:

Anonymous said...

Saya setuju, kebanyakan dari pemilih skim kwsp tidak dapat penerangan yang sewajarnya (pulangan epf pun tak menentu). paling tidak tolonglah pertimbangkan manfaat kesihatan selepas bersara. kasihankanlah kami yang berkhidmat 30 tahun > tetapi masih kena bayar untuk ke hospital kerajaan selepas bersara.

Anonymous said...

Saya adalah seorang penjawat awam yang telah memilih KWSP. Saya merasakan Cuepecs tidak langsung melihat atau membandingkan apa yang bakal diperolehi oleh mereka yang telah memilih KWSP. Pada pandangan saya sebagai penjawat awam sepatutnya tidak ada perbezaan yang ketara di antara penjawat awam yang memilih pencen dan kwsp. Kalau beza pun sepatutnya hanyalah kepada wang pencen yang diperolehi nanti. dari segi lain seperti ganjaran, kad pesara sepatutnya diberikan kepada semua penjawat awam yang bersara pada usia 55,56,58 tanpa mengira samada mereka memilih kwsp ataupun tidak. Saya rasa cuepecs terlepas pandang perkara ini.

Anonymous said...

bSaya juga merupakan penjawat awam yg memilih KWSP,Semasa mengikuti kursus Induksi di INTAN Jln Elmu dahulu, satu module telah diselit iaitu option KWSP/Pencen yg mana penceramah telah menekankan kebaikan pemilihan KWSP dari Pencen, saya difahamkan module tersebut merupakan sebaran pengaruh bagi tujuan menyuruh kakitangan awam supaya memilih KWSP kerana perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan pada masa akan datang dengan pemberian pencen kepada pesara2. Oleh kerana termakan pengaruh maka KWSP dipilih tanpa memikirkan kebaikan Pencen terutama apabila kita sudah dinaikan pangkat. Wbmanapun duit setinggi bukit pun lambat laun akan habis jika dibenjakan tanpa hemah maka saya sarankan agar pemilih skim KWSP dapat mempergunakan duit tersebut sebaik mungkin yang memberi faedah sepertimana menerima pencen juga sebagai contoh membeli rumah utk disewa, BSN, rumah kedai dsb agar setiap bulan kita akan mendapat pulangannya.

renet13 said...

Terima kasih tuan yang meluahkan apa yang ingin saya sampaikan kepada pihak kerajaan tetapi tidak terdaya sebab saya juga kakitanagn kerjaan yang memilih KWSP. Diharap CUEPAC mendengar suara hati kami dan lebih lagi golongan macam kami ini tampil ke depan untuk membuat statement kepada pihak berkenaan. Pikirlah kami golongan yang segelintir ini.

Anonymous said...

SAYA JUGA MEMILIH KWSP , DULU KAMI TIDAK DIBERI PENERANGAN JELAS TENTANG KEBAIKAN PENCEN / KWSP.
CUEPACS PULAK MACAM TAK PANDANG MASALAH KAMI....PEMILIH SKIM KWSP SEPERTI DIANAK TIRIKAN.......?

Anonymous said...

Sudah 20 tahun mencarum KWSP.Duit kita sendiri apabila nak dikeluarkan utk pembelian rumah,pendidikan anak-anak, muka kita dipandang macam pengemis oleh pagawai KWSP. Begitu rumit dan memeningkan kepala.Lebih baik kita masuk skim pencen.Dah la tu, dah potong duit hampir rm 600.00 sebulan, dividen tak sampai rm 6% setahun. Walaupun caruman terkumpul lebih RM 200 ribu, dividen byk tu juga.Kalau labur saham lagi bagus.

Anonymous said...

Dah 20 thn dlm kwsp.Masa pilih dulu, anak baru 1.Kemudian bertambah jadi 8 orang.Gaji potong utk d carum dlm KWSP hampir RM6 ratus sebln.Tiap2 bulan kena berjimat.Pakai kete buruk.Rumah suami yg beli.Bila anak2 dah besar dan gaji dah bertambah baru ingat nak beli rumah.Tapi masa tu, baki baki perkhidmatan tinggal 11 tahun.Mampukah kita membiayai loan rumah yang berharga rm200 ribu dalam tempoh masa yg singkat?Fikirlah baik2 .Jangan jadi orang yg menyesal kemudian.