Kempen boikot dapat sambutan
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kempen Boikot Kenaikan Harga Barang anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak 23 September lalu, mendapat sambutan pengguna.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kempen berkenaan berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kuasa mereka sebagai pengguna agar tidak menjadi mangsa peniaga yang cuba mengambil kesempatan dalam musim perayaan.
“Kita gembira melihat maklum balas diterima daripada pengguna sejak kempen ini dilancarkan seminggu lalu memberangsangkan. Semakin nampak riak kegelisahan di kalangan peniaga yang cuba mengambil kesempatan,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Kempen Boikot Kenaikan Harga Barangan anjuran bersama dua badan yang mewakili hampir dua juta ahli itu dilancarkan di Plaza Tol Sungai Besi pada jam 3 petang, 23 September lalu.
Tindakan memboikot barangan yang dinaikkan pada harga melampau itu diputuskan dalam mesyuarat khas Biro Pengguna Cuepacs dan Jawatankuasa Pengguna MTUC di Wisma Cuepacs, di sini, pada 21 September lalu.
Gabungan Cuepacs dan MTUC yang masing-masing mempunyai 1.2 juta dan 800,000 ahli ini adalah satu amaran kepada peniaga dan pengeluar barang keperluan pengguna supaya tidak terus menekan rakyat.
Mengulas lanjut, Omar berkata kempen terbabit bukan hendak memboikot semua barangan tapi segelintir saja yang dikenal pasti mengalami kenaikan dan tujuannya adalah untuk menyedarkan masyarakat pengguna mengenai hak mereka.
Katanya, peniaga seharusnya bertimbang rasa dan tidak mementingkan keuntungan kerana kenaikan harga barang mendadak seperti sekarang jelas mengambil kesempatan di atas kenaikan gaji sektor awam dan musim perayaan yang bakal tiba.
“Walaupun tindakan boikot ini bakal mengundang perdebatan, ia adalah jalan yang kita terpaksa ambil. Pengguna perlu bertegas dan bersatu hati kerana jika tidak, pengguna akan terus dibuli sesuka hati.
“Kita hendak pengguna memboikot peniaga yang menjual barangan pada harga melebihi ditetapkan. Biar mereka tahu, pengguna mempunyai kuasa berbuat demikian jika teraniaya,” katanya.
Omar berkata, pemimpin Cuepacs dan MTUC yang tidak memakai seragam akan turun padang untuk membuat pemeriksaan harga barang di lokasi terpilih seperti di pasar dan kedai runcit.

No comments:
Post a Comment