07 July 2007

2 ahli Cuepacs terima pampasan

Harian Metro

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyerahkan pampasan berjumlah RM32,246.74 kepada dua ahlinya yang mencarum dalam Skim Syariah Cuepacs.

Skim itu dilancarkan dengan kerjasama Takaful Ikhlas, mula dibuka kepada kakitangan awam dan ahli keluarga mereka pada 2005 dengan nilai caruman bulanan serendah RM10 selain memberi perlindungan terhadap 40 jenis penyakit kritikal.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya tidak melihat pemberian pampasan itu sebagai ganti rugi tetapi lebih kepada tanggungjawab Cuepacs menjaga kebajikan ahli dan keluarga mereka.

Katanya, sebagai kongres kesatuan pekerja pihaknya berusaha memastikan kebajikan ahli terjamin dan menerima faedah daripada skim insurans dibangunkan termasuk menjadikannya sebagai simpanan berdisiplin untuk masa depan.

No comments: