04 November 2009

Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

“Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi popular di kalangan ahli anda," katanya berucap di forum makan tengah hari perniagaan Bankers' Club di sini.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Najib berkata, dalam sektor swasta, pekerja dibuang dan keadaan itu tidak berlaku dalam perkhidmatan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka. Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya.

Menggunakan analogi golf, Najib berkata bantuan itu sama seperti handicap tetapi penerimanya perlu mengurangkan dari 24 kepada 18, 12 dan seterusnya kepada satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera, dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing. Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa.

"Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

"Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," katanya. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

ambik rasuah tak salah, mintak bonus salah...tahniah PM 1sia kene tipu...

Anonymous said...

Dah dia sendiri makan rasuah, makan duit rakyat,
memang la tak salah, klu tak dia sendiri lak yg terkena nanti.
Kroni mau jaga.

Anonymous said...

kalau korang pandai sangat, pergi la mintak projek kat depa nih... Kalau orang tak mintak, tak bagi la...

dah orang lain (kroni depa) yg pi mintak projek tuh, memang la diorg dapat. Jangan salahkan orang sebab orang lain kaya dan pandai mencari wang... Jangan la tuduh orang makan rasuah... Pergi la semak dulu aper erti dan meaning rasuah tuh dari segi bahasa dan Islam... bukan main tuduh2 jer...

Anonymous said...

F1 ni aku x setuju langsung! Apakah faedahnya??? setakat nk tunjuk pada dunia ada apa? Mat2 saleh yang datang kt malaysia untuk tgk F1 tu apa lah sangat pentingnya? Diorang tu menyemak je dok hotel dan berbelanja sana sini satu malaysia. sakit mata aku!!

Sepatutnya duit bangungkan F1 tu diberi kepada PA sebagai bonus bangunkan negara. Tahukah pak najib bahawa harga teh tarik dan roti canai walaupun x berubah tapi semakin kecil saiz.

X percaya? Cubalah pak najib turun padang pada waktu minum kami. Kata suruh turun padang? Mana ada? X pernah nmpk pon pak najib dan rosmah turun minum kat kedai2 mamak time 9-10.30 pagi? Ini ke pemimpin???

Lu pikirlah sendiri!