21 November 2008

Pengambilan Kaum India Dalam Perkhidmatan Awam Naik Tujuh Peratus

PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menambah pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam kepada tujuh peratus berbanding 3.5 peratus pada masa ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Katanya Abdullah mengeluarkan arahan tersebut apabila perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas menutup persidangan kebangsaan mengenai Program Agenda Amalan Kerja Baik di sini.

Katanya Kabinet dan kerajaan komited bagi memastikan lebih ramai pemohon kaum India akan dipertimbangkan berdasarkan skop kerja dan merit.

-- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Dato Subramanian jadi Menteri Jadi mesti lah dia ambil lebih banyak orang-orang dia.....dengan ni dia boleh kukuh kan kuasa dia dalam politik....macam mana pula ngan kaum lain.spt kaum cina...


bila disoal, katanya berapa peratus lah kenaikkan...buat pe tu..kami nak tengok angka sebenar penjawat jawatan utama mengikut kaum di semua jabatan kerajaan. yang jawat pun jawatan biasa je..bagaimana pula ngan PTD?