19 November 2008

Dewan Rakyat: Guru cemerlang tidak naik pangkat automatik

Berita Harian

Urusan kenaikan dilaksana berdasar perkhidmatan awam


KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang memperkenalkan dasar memberi kenaikan pangkat secara automatik kepada guru mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua kali, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Katanya, urusan kenaikan pangkat guru dilaksana berdasarkan dasar kenaikan pangkat perkhidmatan awam.

"Bagaimanapun pencapaian cemerlang guru seperti itu adalah satu kelebihan dalam urusan yang membabitkan kenaikan pangkat," katanya menjawab soalan Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam).

Ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen sama, beliau berkata, sebanyak 32,234 jawatan kenaikan pangkat untuk kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah diwujudkan di seluruh negara berdasarkan anggaran belanjawan mengurus bagi 2009.

Katanya, kementerian melalui Bahagian Sumber Manusia juga akan berusaha mengisi beberapa jawatan yang belum dipenuhkan.

1 comment:

Anonymous said...

harap2 perkara ini tidak diluluskan..

dijabatan saya,
siapa yg kuat 'mengipas' bos
dia yg akan dapat APC.
walaupun
terdapat segelintir guru yg lebih berkelayakan mendapat anugerah itu namun sekiranya 'tiada kipas' atau 'kipas slow' maka
dia tak dapat APC.