15 October 2008

Kelewatan, Kualiti Perkhidmatan Tidak Memuaskan Dan Tindakan Tidak Adil, Aduan Tertinggi Diterma BPA

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Aduan mengenai kelewatan, kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan tindakan tidak adil merupakan aduan yang paling tinggi di terima oleh Biro Penganduan Awam (BPA) mengenai kementerian sepanjang tahun lepas.

BPA dalam laporan tahunan 2007nya berkata biro itu menerima aduan yang tinggi mengenai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri iaitu sebanyak 223 aduan, diikuti Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (188), Kementerian Kewangan (161), kementerian Pelajaran (133), Kementerian Kerja Raya (132) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (127).

Sementara kementerian yang paling kurang mendapat aduan ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu masing-masing satu aduan.

Polis Diraja Malaysia pula menjadi agensi kementerian yang paling tinggi mendapat aduan iaitu sebanyak 206, manakala agensi lain yang mendapat lebih 100 aduan ialah Jabatan Kerja Raya (126) dan Tenaga Nasional Berhad (114), katanya.

Bagi negeri pula, Selangor merupakan negeri tertinggi yang menerima aduan di peringkat kerajaan negeri iaitu sebanyak 285 aduan diikuti Johor (221), Kedah (173) dan Pahang (103).

Sementara Perak sebanyak 95 aduan, Pulau Pinang (88), Kelantan (63), Terengganu (52), Negeri Sembilan (35), Melaka (29), Perlis (5), Sarawak (3) dan Labuan (1).

BPA juga berkata daripada 5,347 aduan melibatkan kementerian dan kerajaan negeri yang diterimanya sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,762 aduan telah diselesaikan.

Daripada jumlah yang diselesaikan itu, sebanyak 3,272 aduan mengenai kementerian, dan selebihnya sebanyak 1,490 di peringkat negeri, katanya.

Laporan itu berkata sebanyak 820 aduan tertunggak pada tahun 2006 telah dibawa ke tahun lepas dan daripada jumlah itu 799 berjaya diselesaikan.

Laporan itu turut menyatakan Indeks Kepuasan Pelanggan yang menilai tahap BPA juga telah meningkat berbanding tahun 2006.

Dari 206 borang maklum balas yang dikembalikan kepada BPA, tahap cemerlang telah meningkat sebanyak 7.6 peratus iaitu dari 35 peratus pada tahun 2006 kepada 42.6 peratus tahun lepas, manakala tahap lemah pula berkurangan sebanyak 3.9 peratus dari 7.7 peratus pada tahun 2006 kepada 3.8 peratus pada tahun lepas.

-- BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih, sewajarnya isu ini mendapat perhatian lebih daripada kepimpinan negara kita kerana kes ini sudah berpuluh tahun lamanya tidak diendahkan. di masa negara kita tengah dilanda krisis politik, isu ini sudah tentu disensasikan bagaimana warga borneo dalam Malaysia diberi layanan double standard dalam perkhidmatan awam. perbezaan kadar EPW hampir sekali ganda antara Borneo dan Semenanjung Malaysia menimbulkan tanda tanya dan rasa prejudis terhadap layanan ini. kalau diikutkan sekalipun kos hidup di bandar-bandar besar seperti Selangor dan KL sangat tinggi seharusnya menerima lebih daripada yang penjawat Semenanjung di Borneo kecapi tetapi situasi sekarang terbalik. Umpama bapa ada dua orang anak yang bersekolah, yang seorang bersekolah dekat dengan rumah yang seorang lagi bersekolah jauh dari rumah tetapi yang bersekolah dekat dengan rumah diberikan wang belanja lebih banyak daripada yang bersekolah jauh dari rumah, adil tak tindakan kita sebagai bapa di sini? kalau Borneo banyak pedalaman sekalipun tetapi kerajaan tidak lupa memberikan satu lagi tambahan elaun iaitu elaun luar bandar. saya sehingga kini masih hairan mengapa EPW mereka boleh mencecah RM700-RM1000 sedangkan sewa rumah sebulan pun tidaklah mencecah angka sedemikian. sedangkan penjawat borneo di lembah klang cuma diberikan RM400-RM500 mengalami defisit kerana sewa rumah melebihi angka itu sekitar RM650-RM1000. Apa rasional penetapan kadar EPW tidak siuman ini? Sememangnya warga Borneo layak marah dan akan terus marah seandainya kadar ini tidak diselaraskan semula. jangan terlalu berat sebelah memewahkan penjawat semenanjung dengan membeli Honda, Nissan dan Toyota sehingga mereka lupa dan memandang rendah kepada produk tempatan Proton dan Perodua. Bukti inipun sudah menunjukkan mereka tidak memanfaatkan elaun EPW ini untuk rumah tetapi untuk bermewah-mewahan dengan kereta luar negara. Kes terbaru penjawat awam semenanjung yang hidup di kawasan bandar besar di Borneo merungut TAMAK gaji dan elaun tidak cukup dan minta supaya turut diberikan COLA. mereka sudah lupa penjawat Borneo lagi sengsara daripada mereka hidup di bandar lagi besar di lembah Klang. Bukan gaji dan elaun tidak cukup tapi kenaikan harga minyak menyebabkan duit minyak untuk mengisi enjin kereta luar negara mereka tidak cukup. Siap mengadu dalam akhbar lagi walaupun ia melanggar etika penjawat awam. Kalau tujuan integrasi penjawat awam ini adalah untuk menyatukan rasanya tidak akan tercapai sebab rasa prejudis akan terus wujud sehingga akhirnya ada tindakan adil diambil bagi meleraikan keadaan.

Anonymous said...

Saya suka mengikuti ruangan ini dan rasanya sudah bosan dengan rungutan tuntutan kenaikan gaji dan elaun yang sering dibangkitkan, oleh itu saya ingin bertindak sebaliknya dengan memohon pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula kadar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) di Sabah yang dianggap keterlaluan dan berlebih-lebihan dan wajar dikurangkan nilainya. Rasanya pemberian EPW sebanyak itu di Sabah banyak digunakan bukan untuk tujuan perumahan sebaliknya ada yang memanfaatkannya dengan membiayai kos pembelian yang tidak perlu seperti kereta luar negara penjawat awam di sana. Rasanya tidak logik EPW di Sabah diberikan sekitar RM800-RM1100 sedangkan tiada kos sewa rumah yang menjangkaui angka itu di sana kecuali rumah mewah seperti banglo. Rasanya ada lagi yang lebih memerlukan angka itu terutama yang menetap di kawasan yang berkos hidup tinggi dan mereka yang ingin memiliki rumah sendiri. Saranan ini juga sebagai langkah membantu kerajaan untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan pentadbiran. Permintaan ini bukan disebabkan faktor cemburu tetapi mungkin sudah jenuh mendengar tuntutan kenaikan elaun yang rasanya lebih membebankan kerajaan, jadi ada baiknya saranan diberi untuk membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan mengutamakan yang lebih memerlukan. Selain itu sebagai peringatan supaya kita bersyukur kerana ada lagi lebih bermasalah dari segi gaji dan elaun ini terutama rakan-rakan kita di sektor swasta.... penjawat memahami

HAFIZUL BIN HAZIQ said...

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia

Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]