15 September 2008

Skim pembelian rumah kedua kakitangan kerajaan ikut gaji

Berita Harian

BAHAGIAN Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan ingin merujuk aduan `Kakitangan Mengharap' dari Kepong bertajuk 'Syarat pinjaman kedua menyusahkan pembeli rumah' dalam ruangan ini yang disiarkan, 27 Ogos lalu.

Terlebih dulu, BPP mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan berkenaan kerana sudi memberi maklum balas.

Untuk makluman, Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 10 Tahun 2005, menjelaskan bahawa peminjam yang sudah menyelesaikan keseluruhan baki hutang harta pertama layak memohon pinjaman kedua dengan syarat jumlah kelayakan pinjaman adalah satu perempat daripada gaji hakiki atau pokok semasa.

Selain itu, ansuran bayaran balik bulanan tidak boleh melebihi separuh atau 50 peratus daripada anggaran pencen yang akan diterima.

Kemudahan ini adalah pilihan kepada anggota kerajaan yang berkemampuan untuk memiliki rumah lebih selesa. Penetapan bayaran balik tidak melebihi 50 peratus daripada anggaran pencen anggota perkhidmatan awam dapat menampung balik pinjaman perumahan selepas mereka bersara.

UNIT PERHUBUNGAN AWAM,
Kementerian Kewangan,
Putrajaya.

No comments: