17 June 2008

Utama pegawai lulus PTK, BITK naik pangkat

Berita Harian

SAYA mewakili Pembantu Tadbir Kewangan Kementerian Kesihatan (W17) berasa terkilan dengan cara kementerian menentukan pemilihan pemangkuan ke Gred W22. Selepas bertanya dengan Cawangan Kenaikan Pangkat KKM, saya dimaklumkan bahawa pihak lembaga mengarahkan memilih hanya mengikut senioriti.

Untuk makluman, tugas Pembantu Tadbir Kewangan kementerian ini meliputi tugas di bahagian gaji, elaun, vot, bil dan hasil. Ada di antara yang sudah dipilih hanya bertugas di satu tempat dan menjalankan kerja sama lebih dari 15 tahun kerana tidak mahu menerima cabaran baru, contohnya hanya bertugas di klinik tanpa menjalankan tugas di unit lain.

Ia dibuktikan dengan pegawai yang sudah dipilih untuk memangku jawatan Gred W22 dan pegawai yang sudah terpilih sebagai calon simpanan pada November 2007 hanya mengikut senioriti. Ramai yang terpilih hanya lulus PTK Aras 3 dan gagal BITK.

Apakah kelebihan kami yang sudah berkhidmat lebih daripada 16 tahun dan lulus peperiksaan PTK Aras 4, lulus BITK dan sudah menjalankan tugas di semua unit, tetapi tidak dipandang oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Mulai April lalu, saya dimaklumkan bahawa pihak kementerian akan meluluskan kenaikan pangkat tanpa temu duga.

Oleh kerana keputusan itu sudah ditetapkan oleh lembaga berkenaan, saya ingin mencadangkan agar Lembaga Kenaikan Pangkat menambah syarat pemilihan dengan memberi keutamaan kepada pegawai yang lulus PTK dan BITK di samping kenyataan cuti juga perlu disertakan ketika permohonan untuk mengelakkan pegawai yang selalu mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan terpilih lagi dan menyekat rezeki orang yang lebih layak.

PEMBANTU TADBIR TERKILAN,
Senawang, Negeri Sembilan.

2 comments:

ALDRIANA said...

salam...
bagi saya mmg tidak adillah kalau guru semenanjung yang mengajar dkt sabah dan sarawak tak kira pedalaman atau pendalaman atau dibandar mereka tetap dapat EPW yang tinggi berbanding org sabah dan sarawak mengajar di semenanjung. Taraf hidup semenanjung lebih tinggi berbanding di sabah dan sarawak.
Seperti saya yang kini berkhidmat di semenanjung hanya mendapat RM 300 berbanding yang mengajar di sabah dan sarawak. Hendak sewa rumah dah RM 450 sebulan dengan rumah yang sekosong-kosongnya. Jadi mereka yang berasal dari semenanjung beruntung kerana menyewa rumah full dengan perabot dan harga rumah sewa lebih murah. dari segi makanan boleh dikatakan sabah dan sarawak lebih murah berbanding semenanjung.Bayangkan sayur harga seringgit boleh dikira.
Memang tidak adillah.Sepatutnya kerajaan harus meneliti semula EPW bagi yang mengajar di semenanjung.sekian...

Anonymous said...

Assalamualaikum, berkaitan dengan EPW ... di Johor terdapat 2 kawasan iaitu Johor Bahru dan kawasan lain. Kawasan Johor Bahru EPW RM500 untuk DG41 dan 44, Manakala Kawasan lain di Johor hanya memperuntukkan RM300 sahaja untuk DG41 dan 44, tidakkah ada sesuatu keganjilan di sini di mana kalau diikutkan ITP DG44 sudah mencecah RM400 sedangkan EPW masih di bawah RM400 iaitu RM300 sahaja. Justeru seharusnya pihak bertanggungjawab perlu untuk mengusulkan kewajaran yang berlaku diperingkat sebegini dan mungkin telah terlepas pandang. Justeru kenaikan gred untuk yang berasal sabah dan sarawak di beberapa tempat masih terutama di johor dan beberapa tempat yang bukan dikira "hots" masih rendah dan kadangkala lebih rendah berbanding orang semenanjung.