24 October 2007

Tiada bonus kepada kaki tangan kerajaan tahun ini

Utusan Malaysia

Kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, tiada perubahan dengan pendirian dan kenyataan yang dibuat berhubung perkara itu sebelum ini.

‘‘Tidak ada keputusan baru me ngenai permintaan bonus kepada kakitangan awam yang diminta se belum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan MSC Malaysia Cybercentre @Meru Raya, Perak di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan mungkin memberikan saguhati ke pada kakitangan perkhidmatan awam sebagai ganti bonus, Abdullah juga enggan mengulas mengenai kemungkinan itu.

“Saya sudah cakap dulu dan saya sudah keluarkan kenyataan berkaitan dengan bonus. Tak payah cakap lagilah... cukuplah sekali,’’ tegas be liau.

Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Da lam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman meminta ka kitangan awam terutama dalam kumpulan sokongan agar lebih ber jimat cermat dan tidak sangat mengharapkan bonus.

Mereka dinasihatkan tidak me naruh harapan yang tinggi malah mesti berani menghadapi kenyata an bahawa tidak ada bonus diberi kan tahun ini.

Bagaimanapun CUEPACS telah menghantar memorandum kepada kerajaan agar dipertimbangkan ba yaran honorarium purata RM2,000 setiap kakitangan menjelang perayaan Aidilfitri lalu menggantikan bonus.

Omar berkata, pihaknya menga kui bebanan kerajaan untuk mem bayar bonus sebulan kepada lebih satu juta kakitangan awam yang memerlukan perbelanjaan hampir RM4 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan, keputusan tidak memberi bonus pada Bajet 2008 merupakan keputusan Kabinet dengan menga mbil kira gaji yang diterima oleh sektor awam baru-baru ini agak lumayan.

No comments: