24 October 2007

Abdullah Mahu BPR Jaga Imej

PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) memelihara imej dan kewibawaan agensi itu sepanjang masa.

Perdana Menteri berkata pegawai BPR yang memikul amanah yang berat perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik, amanah, saksama dan cekap.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat BPR di sini dan menyaksikan pakaian seragam BPR yang buat pertama kalinya dipakai pada satu perbarisan hari ini.

Lawatan itu dimulakan dengan perhimpunan diikuti dengan majlis ramah mesra.

-- BERNAMA

No comments: