01 August 2007

Biro Bantuan Guaman tambah kakitangan

Berita Harian

KOTA BHARU: Biro Bantuan Guaman (BBG) kini distruktur semula menerusi penambahan 415 pegawai dan kakitangan di seluruh negara bagi memantapkan khidmatnya kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, berkata sebagai agensi bantuan guaman kepada golongan tidak berkemampuan, kerajaan memberi jaminan BBG kini menyediakan khidmat setaraf firma guaman swasta.

"Demi memenuhi keperluan orang ramai, penstrukturan semula BBG dilakukan sepanjang bulan ini dan setakat ini 415 daripada 515 jawatan berjaya diisi membabitkan semua cawangan di seluruh negara.

"Penambahan kakitangan ini membolehkan BBG menyediakan khidmat bantuan dan nasihat guaman serta pengantaraan lebih baik kepada rakyat yang memerlukan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pegawai BBG Ke-19, di sini, semalam.

Kayveas berkata, kes kendalian BBG di seluruh negara meningkat daripada 23,226 pada April kepada 26,969 kes sepanjang Mei lalu merangkumi kes keluarga (syariah dan sivil), sivil dan jenayah.

Katanya, sepanjang Mei lalu, BBG menyelesaikan 2,879 kes dan mempunyai baki 24,090 kes belum selesai mulai awal Jun lalu, di samping 1,191 bilangan khidmat nasihat guaman yang diberikan di seluruh negara.

1 comment:

Unknown said...

i broker bisnes. i perlukn peguam yg sanggup terima hutang letter option sebelum jualan selesai. i nk jual kilang semen harga rm12juta. kpd sesiapa yg boleh bantu i dptkn lawyer, i bg rm1000. sila emel ke info@heypy.com