30 July 2007

KSN Umum Pelantikan Ke Jawatan Baru Di EPU

Bernama

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Lapan belas pegawai kanan perkhidmatan awam terlibat dalam pelantikan dan pertukaran bagi mengisi jawatan baru yang diwujudkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, berkuatkuasa 1 Ogos.

Mereka adalah antara 21 pegawai yang terlibat dalam pelantikan dan pertukaran yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Pelantikan jawatan baru di EPU melibatkan Noriyah Ahmad, 55, yang ditukar sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Program "Strategic Programming and Allocation"; Datuk Dr Ali Hamsa, 52, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Program "National Transformation and Advancement"; Noor Zaidah Dahalan, 50, dilantik sebagai Pengarah, Seksyen Pembangunan Modal Insan.

Dr Mohd Gazali Abas, 47, dari Institut Tadbiran Awam (Intan) dilantik sebagai Pengarah, Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Adam Sulong, 48, dari Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dilantik sebagai Pengarah Seksyen "National Transformation and Advancement"; Dr Ibrahim Abu Ahmad, 52, juga dari MTEN dilantik sebagai Timbalan Pengarah "Malaysian Development Institute"; dan Noraini Ibrahim, 49, dari MTEN dilantik sebagai Pengarah, Seksyen Kerjasama Antarabangsa.

Nurshiah Arshad, 52, dilantik sebagai Pengarah Seksyen Industri, Sains dan Teknologi; Ahmad Husni Hussain, 48, dan Zohari Haji Akob, 49, kedua-duanya sebagai Timbalan Pengarah, Seksyen "Public Private Sector Cooperation; Dr Kamariah Noruddin, 48, dari MTEN sebagai Timbalan Pengarah "Malaysian Development Institute"; Mat Noor Nawi, 52, dilantik sebagai Pengarah Seksyen Pengagihan; Azimah Mansor, 50, dilantik sebagai Pengarah, Seksyen Pasukan Komunikasi; Datuk Dr Ong Hong Peng, 51, ditukar sebagai Timbalan Pengarah "Malaysian Development Institute".

K.Yogeeswaran, 49, ditukar sebagai Pengarah Seksyen K-Ekonomi; Razali Che Mat, 51, ditukar sebagai Timbalan Pengarah Seksyen "Bumiputera Commercial Industry Community-2"; Liew Siew Lee, 51, dilantik sebagai Pengarah Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli; Azizah Hamzah, 51, dilantik sebagai Timbalan Pengarah Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Pengarah Seksyen Penilaian EPU Dr Rosli Mohamed, 49, dilantik sebagai Pengarah Seksyen Tenaga unit tersebut bagi menggantikan K.Yogeswaran yang ditukarkan sebagai Pengarah Seksyen K-Ekonomi.

Sidek juga mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Latihan, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan, Mohd Tajudin Don, 53, sebagai Setiausaha Bahagian Kewangan dan Akaun kementerian tersebut, mulai 1 Ogos, bagi menggantikan Mhd Najri Abd Hamid yang bertukar sebagai Ketua Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Pengarah Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr G.Parameswaran, 55, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah I, Jabatan Perumahan Negara, mulai 4 Ogos, menggantikan Rozali Ahmad yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Audit Negara pada tarikh yang sama.

-- BERNAMA

No comments: