22 June 2007

Ramai guru utamakan imbuhan berbanding keikhlasan berkerja

Berita Harian

RAMAI guru berijazah kategori DG41 membuat bantahan perihal gaji mereka yang lebih rendah berbanding guru berkelulusan maktab, terutama mereka yang sudah menyambung pelajaran.

Sebenarnya, perkara ini perlu dirungkai lebih terperinci agar tidak mengelirukan, terutama guru seperti saya dalam kategori DGA29 yang sudah 10 tahun mengajar dan menerima gaji baru, RM1,860.

Senario begini sudah lama berlaku sejak saya mula mengajar pada 1997 dan pada waktu itu ada perbezaan gaji antara guru lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Walaupun berada di sekolah sama dan membuat pekerjaan sama, perbezaan gaji adalah lebih RM200. Namun, tidak ada langsung pertikaian memandangkan pada hemah kami, kerja yang jujur itu adalah lebih baik berbanding imbuhan diterima.

Ramai guru lebih mementingkan imbuhan berbanding kerja. Mengajar bukan pekerjaan untuk menjadi kaya tetapi kerjaya yang memberi kepuasan. Wang kami banyak dilaburkan kepada pelajar.

Tahniah kepada guru yang tamat menyambung pelajaran. Itu pencapaian peribadi diri dan bukan untuk menagih imbuhan lebih besar.

Gaji mati DG41 kategori P3T23 adalah RM5,226.19, berbanding kami DGA29 pada P3T23 yang hanya mendapat gaji mati RM3,441.59. Bandingkan jumlah pencen yang diterima. Jadi, bersyukurlah.

Kami masih bersyukur walaupun dinaikkan ke DG32 dengan gaji RM2416, tanpa kenaikan elaun.

GURU KAMPUNG,
Temerloh, Pahang.

4 comments:

symbian said...

wah..wah cakap bukan main mudah nampak..

cuba fikirkan pulak anda dapat gaji cepat dan mudah selepas hanya beberapa tahun belajar..ada boleh tidur lena..makan menentu..
kami yang menuntut di UM, UKM dan mana2 unversiti bersengkang mata hingga 6-7 tahun ..makan tidur tah kemana..tak terfikir ke
fikirkan la juga orang yang menyambung pelajaran tinggal anak bini..hutang sana hutang sini..gai separuh
tolong bercakap guna otak..bukan guna kepala lutut
TQ

Anonymous said...

saya sokong comment pembaca di atas, walaupun ni coretan lama tapi masih ramai lagi yang berlagak kerja mesti ikhlas dan tidak memandangkan pada gaji sedangkan poket kering, samalah mcm "biar papa asal bergaya".

Tanya diri kenapa kita bekerja?

semua org nak gaji besar. pasal ikhlas tu semua ikhlas, kalau tak ikhlas tak adanya mengaja dan menajalankan tanggungjawab. tapi gaji memang penting untuk anak bini. duit gaji lah untuk anak pg belaja tinggi2, jangan asyik tolong anak orang gaji kecik tak cukup untk anak belaja, sendiri nak belaja pun pinjam ptptn tambah hutang, gaji makin kecik. jadi ckp jangan ikut suka hati je. otak orang mcm ni lah kena cuci, kalau tak kerajaan tengok kita senang dengan gaji kecik,

kalau nak tau pg belaja kat universiti,lebih2 lagi full time baru rasa mcm mana susah dan duit pun pinjam ptptan, hutang tambah banyak.

bagi saya memang tak patut gaji sekarang ni, sedangkan kalau bandingkan dengan gaji polis singapura dlm ringgit rm5000 dan hong kong rm13000, klu dah cam tu mesti gaji guru mereka pun hebat mcm tu, sebab tu mereka cepat maju, kerja pun senang hati.

ni semua benda kita nak hutang, tu dah menunjukkan kita tak mampu. guru pun ramai cari pendapatan sampingan sebab gaji kecik, dan ini menjejaskan komitmen secara tak langsung.

jadi jangan lah kerajaan bagi gaji kecik pun kita syukur sedangkan tido malam pun tak lena fikir duit, yang penting kita bersatu supaya kerajaan bagi gaji naik, jangan undi je naik tapi gaji tak naik. kita mesti bersatu mintak gaji naik sebab menteri tak tau gaji kita kecik sbb gaji mereka besar campur2 semua dpt rm50ribu sebulan, kita rm50ribu hutang bank pun sakit nak bayar 10 tahun.

harga barang pun naik lagi cepat dari gaji, mcm mana kita nak terus bersyukur. jangan keliru dengan tanggungjawab dan komitmen kerja, sebab komitmen tu akan wujud klu gaji tidak menyusahkan kita. fikirlah, jg ckp suka hati je.

Anonymous said...

guru sekarang tidak sama dan guru zaman dulu,guru dulu mengajar dengan ikhlas walaupun gaji kecil, tapi guru sekarang banyak mengajar kerana terpaksa dan kaedah pengajaran pun bertambah senang berbanding zaman dulu,guru sekarang cuma perlu photostat sahaja,bab hutang sana sini sendiri yang buat,gaji kecil tapi bergaya macam gaji 10 ribu,bila hutang banyak dan tidak mampu nak bayar mula salahkan kerajaan,tapi kualiti pengajaran tetap tidak berubah,hanya rajin photostat sahaja,kalau murid tidak faham murid bertanya pada guru,guru akan melenting,inikah cara guru yang dipanggil seorang pendidik

Anonymous said...

guru2 di bandar besar selalunya tahu tanggungjawab mereka iaitu mendidik,saya benar2 memuji guru2 yang mengajar di bandar besar,cuma guru2 yang mengajar di bandar kecil selalu bermasalah,adakah guru yang mengajar di bandar kecil ini guru reject,guru tanpa kualiti,sepatutnya kerajaan perlu mendidik dahulu guru2 ini sebelum dilantik menjadi pendidik,pendidik perlu tahu dan sedar tanggungjawab mereka