Pegawai Mara Daerah ketuai MPD
Utusan Online
TEMERLOH 13 April – Pegawai Mara Daerah di seluruh negara akan dilantik mengetuai Majlis Pembangunan Daerah (MPD) yang baru ditubuhkan berkuatkuasa serta-merta.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan penubuhan MPD itu, semua pegawai Mara akan memikul satu lagi tanggungjawab baru selain mengekalkan tanggungjawab sedia ada.
Katanya, pegawai Mara itu juga dilantik sebagai Setiausaha kepada Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) yang ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen sedikit masa lalu.
‘‘Sehingga kini 90 buah MPUD telah ditubuhkan dan menjelang akhir tahun ini sebanyak 136 buah lagi MPUD dijangka ditubuhkan sehingga semua kawasan Parlimen di seluruh negara,” kata beliau.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Futsal anjuran Majlis Belia Hindu Pahang di sini hari ini.
Katanya, pegawai Mara disetiap daerah akan mengetuai MPD sebagai pegawai Majlis Pembangunan Daerah (MPD) yang berperanan menyelaraskan semua agensi di bawah kementerian itu di peringkat daerah seperti Mara, TEKUN, Giat Mara dan sebagainya.
Tambahnya, sebelum penubuhan MPD, agensi-agensi kementerian di peringkat daerah terpaksa menghantar laporan kepada pejabat Mara negeri sehingga menyulitkan tugas dan menjadi bebanan kepada pegawai terbabit.
Saifuddin menjelaskan, MPUD berperanan bagi memastikan setiap strategi program pembangunan usahawan yang dilaksanakan di peringkat negeri atau Persekutuan lebih berkesan dan efektif.
MPUD kata beliau, juga berperanan memantau perlaksanaan program semua agensi di bawah kementerian yang berkaitan dengan keusahawan dan diketuai tokoh tempatan.
Kata beliau, MPUD ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan khususnya dari luar bandar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk bagi keperluan pasaran tempatan dan eksport ke luar negara.
Manakala MPD pula, katanya, adalah usaha kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran semua agensi berkaitan dengan kementerian pada peringkat bawahan atau daerah untuk membantu penyelarasan di peringkat negeri.
Lima tuntutan Cuepacs: bayaran honorarium RM2,000 tanpa mengira pangkat, kenaikan imbuhan tetap perumahan RM180 hingga RM230, penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), memberikan semula elaun kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lalu dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun.
Menurutnya, mesyuarat Majlis Cuepacs turut memutuskan untuk menghantar sepucuk surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyatakan kekesalan kesatuan itu terhadap tindakan beliau yang dilaporkan "segan" membincangkan permohonan kesatuan itu untuk mendapatkan honorarium RM2,000 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.