25 November 2009

Pertukaran guru berdasar opsyen

Berita Harian

KEMENTERIAN Pelajaran (KPM) ingin merujuk kepada surat bertajuk 'Guru lama mohon tukar ditolak' oleh Sampai Bila, Setapak, Kuala Lumpur yang disiarkan ruangan ini, 9 November lalu.

Untuk makluman, kelulusan pertukaran guru sekolah menengah adalah berdasarkan kepada kekosongan opsyen di negeri yang dipohon.

Bagi Kelantan dan Terengganu keperluan opsyen yang amat kritikal ialah Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

Sehingga kini, Kelantan dan Terengganu mempunyai lebihan opsyen Bahasa Melayu yang amat tinggi, begitu juga dengan mata pelajaran opsyen Ekonomi, Sejarah, Geografi, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi.

Pengeluaran surat arahan pertukaran dikeluarkan supaya ia hampir selari atau sama dengan keputusan melalui e-GTukar. Bagaimanapun disebabkan masalah teknikal di BTMK kelulusan melalui e-GTukar hanya dapat diakses pada petang 6 November.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran,
Putrajaya.

No comments: