Naikkan Bayaran Tugas Intensif Kewangan
Utusan Online
SAYA anggota perkhidmatan perakaunan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin mencadangkan agar Bayaran Tugas Intensif Kewangan (BITK) dinaikkan kepada kadar yang lebih munasabah memandangkan tugas kewangan merupakan tunjang dalam pengurusan pentadbiran kerajaan.
Selain beban kerja yang semakin bertambah dan mencabar ekoran perkembangan dunia IT, anggota juga terdedah kepada beberapa risiko keselamatan wang awam semasa bertugas di dalam atau di luar jabatan (bank).
Di samping itu, anggota juga terikat dengan pelbagai arahan dan prosedur pengurusan kewangan yang begitu complicated di mana ia menuntut anggota untuk melaksanakan kerja dengan begitu teliti dan berhati-hati. Selain itu, skop tugasan anggota juga terlalu luas dan memerlukan penguasaan pengurusan yang tepat dan betul. Anggota juga perlu mengambil pelbagai pendekatan yang berasas dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau keilatan dalam pengurusan kewangan. Kepelbagaian skop inilah yang membuatkan anggota memerlukan komitmen yang tinggi dalam tugasan seharian.
Wajar bagi saya mengesyorkan kepada pihak berkenaan menaikkan kadar BITK kepada nilai yang lebih berpadanan kerana jika dilihat secara kasar, pelbagai elaun penjawat awam lain jauh lebih tinggi dibandingkan dengan kumpulan ini. Jadi di mana tempat kumpulan ini yang tidak kurang menggembleng tenaga dan jasa berkhidmat untuk negara? Seolah- olah ia tidak dipandang walhal tugas anggota ini adalah teraju dalam menggerakkan sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan.
Kenaikan taraf hidup dan harga barang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang juga menjadi kekangan hidup kumpulan ini. Senario yang dialami bukanlah bagi anggota di bandar sahaja malah di luar bandar juga turut mengalami perkara yang sama.
Jadi sukarkah cadangan ini dipertimbangkan bagi menjamin keberkesanan dan kecemerlangan pengurusan kewangan kerajaan? Sekurang- kurangnya kumpulan ini mendapat elaun yang setimpal dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga perkara ini akan mendapat perhatian pihak berkenaan.
Kota Bharu, Kelantan
1 comment:
Setuju dgn cadangan saudara, tugas yang diberi dilaksanakan dengan penuh amanah dan berintegeriti. Bayangkan kerani-kerani kewangan yg menggalas amanah sebagai wakil untuk mengutip wang hasil untuk kemajuan sesebuah negeri. Selain terikat dengan bermacam-macam arahan/prosedur , ditambah dengan peraturan yg adakalanya remeh temeh memang memberi tekanan. Itu belum lagi masalah laporan yang terpaksa di teliti oleh kerani kewangan untuk mendapat jumlah yang tak akan dipersoalkan oleh mana-mana jabatan yang bertanggungjawab memantau. Ada juga situasi seperti jawatan gred N tidak boleh melakukan tugas-tugas gred W dengan alasan2 tertentu tetapi kakitangan gred W perlu melakukan tugas-tugas kewangan dan juga tugas-tugas gred N. Bukan untuk menunding sesiapa tetapi diharapkan pihak yg berkenaan dapat meneliti dan memperhalusi keseimbangan tugas dan realiti tekanan tugas serta cabaran petugas-petugas kewangan lebih-lebih lagi di barisan depan (kaunter).
Post a Comment