15 March 2009

Pelbagai Insentif Galakkan Doktor Kekal Dalam Perkhidmatan Kerajaan

PETALING JAYA, 15 Mac (Bernama)-- Kementerian Kesihatan menyediakan "pelbagai ganjaran" untuk mengekalkan doktor dalam perkhidmatan kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini termasuk penghargaan, jumlah ganjaran lebih tinggi, peningkatan dan pertumbuhan kerjaya, gaya hidup seimbang, kepuasan daripada segi kerja, cabaran profesional, ruang autonomi dan pembangunan modal insan.

Berucap pada simposium "Cabaran Masa Depan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia" di sini, beliau berkata kementerian itu menyediakan beberapa insentif dan ganjaran untuk menggalakkan doktor kerajaan kekal dalam perkhidmatan.

Katanya insentif itu termasuk lebih banyak peluang bagi kenaikan pangkat dan kebaikan pangkat lebih cepat berdasarkan prestasi, peluang kepada mereka yang berada dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memilih skim pencen, elaun panggilan bertugas dan lokasi, elaun makan dalam bilik pembedahan dan ganjaran bagi doktor yang menyampaikan syarahan di universiti.

Insentif lain ialah peluang melanjutkan pelajaran dan cuti sabatikal, bantuan bagi penyelidikan dan penerbitan melalui pusat penyelidikan klinikal di seluruh negara, biasiswa bagi anak-anak doktor yang layak dan cuti tahunan 35 hari dan 25 hari bagi kakitangan baru.

Noor Hisham berkata diharapkan melalui pelbagai insentif itu, doktor akan terus bekerja dalam perkhidmatan kerajaan kerana ia juga merupakan peluang untuk mereka memenuhi tanggungjawab sosial untuk berkhidmat kepada negara.

-- BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Pertama sekali memang kita warga doktor mengucapkan terima kasih di atas pengumuman tersebut.

Tetapi, pelaksanaan nyer memang tidak seperti yang diinginkan. sebagai contoh, nak buat claim pun susah, pentadbiran dengan doktor macam ada perasaan tak puas hati, keje lebih masa yang teruk sampai takder masa untuk family...

diharapkan perelokkan dan permudahkan doktor ni untuk dapat claim ke aper..so, nak buat keje pun senang..

sekadar meluahkan perasan

Anonymous said...

lawak antarabangsa untuk mengaburkan masyarakat..pelbagai intensif tu semua cerita basi dah bertahun ada..bukan benda baru..hellooo...we need new development..epf tukar pencen pun nak kepoh ker? bukan doktor pun dapat la..doktor bukan bodoh..cuma takde masa nak buat paper work mcm orang lain untuk kebajikan sendiri..anak bini pun benci wei...

dr zack

Anonymous said...

insentif nie kadang2 bunyi banyak tapi tak semua berkelayakan mendapat insentif tersebut apa yang bukan kakitangan kerajaan tahu,semua kakitangan kerajaan dapat,tu yang kerjanya nak kutuk orang kerja kerajaan kononnya rilek sangat..tapi banyak intensif,elaun dsb.kadang-kadang dah diumumkan pun di belanjawan,,tapi setelah hampir setahun berlalu tidak dapat apa-apa lagi,,tapi orang dah ingat wah,,kayanya dpt intensif