22 January 2009

Timbang kenaikan pangkat kakitangan awam- Cuepacs

SEREMBAN 22 Jan. — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan bengkel semakan gaji di Kuala Terengganu pada 4, 5 dan 6 Februari ini bagi membincangkan isu kenaikan pangkat bagi lebih 400,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua.

Presidennya, Omar Osman berkata, rumusan mengenainya akan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

“Dalam hubungan ini, CUEPACS meminta kerajaan supaya lebih terbuka dan telus dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat kepada kakitangan terbabit. Ini kerana kenaikan pangkat kepada kakitangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka memperoleh pencen yang lebih baik.

“Lagipun, kenaikan gaji berikutan kenaikan pangkat yang diterima mereka bukan begitu besar jumlahnya, hanya sekitar RM50,” katanya selepas bertemu kakitangan awam di Wisma Negeri, di sini hari ini. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

bagus laa ada kemajuan.. tapi jangan dilupa jawatan2 tak populor khususnya yang di Kementerian Pendidikan.Lantikan SPP. guru-guru cepat saja naik gaji dan gred... beban kunun betambah... tapi kakitangan sokongan cam mana ?

Kalau Gred N senang la... yang gred C F atau J cam mana ?

Pencen dengan Jersi 17?