Polis terima kenaikan elaun bayaran insentif khas
KUALA LUMPUR: Lebih 97,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima habuan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan elaun bayaran insentif khas daripada RM100 kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkannya dalam pembentangan Bajet 2009 berkata, kerajaan juga turut memperuntukkan RM5.4 bilion kepada PDRM tahun depan dalam usaha memastikan keselamatan negara dapat terus ditingkatkan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, RM4.8 bilion bertujuan untuk belanja mengurus manakala RM600 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
Selain itu kerajaan juga turut memperuntukkan RM220 juta bagi pembinaan balai polis dan pondok polis di seluruh negara bagi meningkatkan tahap keselamatan penduduk.
Beliau berkata bagi menambah keupayaan dan kecekapan polis dalam tempoh 2008 hingga 2010, seramai 22,800 konstabel dan 3,000 inspektor baru akan dilantik. - Bernama
1 comment:
Semua pekerja adalah pelaburan kepada negara. TETAPI kenapa kerajaan lebih mengutamakan anggota keselamatan (Polis &..)dalam aspek gaji dan elaun. Adakah keselamatan negara hanya bergantung kepada mereka. Negara ibarat Tun Perak, Tun Perak gagah dalam persilatan, tetapi kalau IQ rendah, beliau takkan dikagumi sehingga sekarang. Samalah seperti sebuah negara, jika kerajaan hanya tertumpu pada anggota keselamatan dan tentera, negara akan musnah. Cuba tanya mana asalnya seorang polis, tentera, doktor, menteri dan ..., semua mereka berasal dari sekolah dan mereka diberi didikan awal.(rujuk puisi usman awang)
Kenapa sekarang banyak polis yang terima rasuah dan buat jenayah?, sebab didikan awal mereka yang tak sempurna, kenapa tak sempurna? sebab guru tidak mendidik dengan sepenuhnya? kenapa guru tidak didik dengan sepenuhnya? sebab kerajaan tak fikir kebajikan guru dengan sepenuhnya.
Jika kerajaan terus menerus begini, dalam jangka masa panjang, akan nampak kesan yang ketara kepada kestabilan dan pembangunan negara, dan pada masa itu negara lain akan memijak negara kita.Kalau pak menteri atau sesiapa yg duduk kat kerusi kerajaan yang pernah pergi sekolah dan melanjutkan pelajaran ke universiti(kalau pernahlah) mereka akan tahu, sekarang kesungguhan mereka belajar sekadar untuk lulus dan ada yang tolak tawaran masuk universiti dan ada yang tak nak masuk universiti wlaupun ada peluang, sebab alasannya, belaja tinggi2 buang duit bila kerja dapat gaji tak berbaloi dengan pengorbanan. yang tak belaja tinggi pun dapat gaji sama dengan yang belaja tinggi2. lama kelamaan negara akan semakin kurang modal insan yang tinggi IQ nya.
kerajaan boleh guna alasan " jangan tanya sumbangan negara kepada anda, tapi tanya sumbangan anda kepada negara"
slogan itu tek sesuai pada zaman sekarang, yang sesuai ialah, "tanya apakah sumbangan anda pada negara, dan tanya apakah sumbangan kerajaan dan negara kepada anda".
Jadi semua kakitangan kerajaan ada hak dapat elaun dan gaji sama rata. sebab semua saling berkaitan.
kalau ahli ekonomi tak buat kerja dengan baik, negara akan runtuh.
kalau peguam tak bijak, penjenayah akan terlepas.
bagi banyak manapun gaji pada anggota keselamatan, kalau nak rasuah, rasuah juga. sebab tulah penting didikan awal dan bukan gaji semata-mata.
VVIP dan ahli perniagaan yang kaya raya pun boleh makan rasuah, jadi di sini nampakkan bukan gaji yang besar semata-mata yang boleh mengekang amalan rasuah dikalangan anggota keselamatan(kecualilah ada agenda lain). Sebab tulah pentingnya didikan awal. jadi gaji guru, pensyarah, tukang kebun, dan semua kakitanga perlu diberi gaji setimpal dan sama-rata di atas sumbangan mereka yang besar tapi tak nampak atau pun sengaja buat tak nampak kepada negara.
sekarang bukan zaman berperang dengan senjata semata-mata, tetapi segalanya bermula dari akal. Orang guna M16 pun takkan kita tak boleh bunuh dengan pisau pemotong sayur, semua tu dari akal yang bijaklah.
Post a Comment