Menambah baik pinjaman perumahan kakitangan awam
KUALA LUMPUR: Bagi menggalakkan anggota perkhidmatan awam memiliki rumah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata kerajaan akan menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam seperti berikut:
* melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru.
* memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.
* membuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad kepada lima syarikat. — Bernama
No comments:
Post a Comment