28 August 2008

Kakitangan kerajaan Terengganu dibenar pulang awal pada bulan Ramadan

Utusan Online

KUALA TERENGGANU 28 Ogos — Kakitangan kerajaan negeri Terengganu akan dibenarkan pulang setengah jam lebih awal daripada hari bekerja biasa pada bulan Ramadan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, ia serupa seperti tahun lepas untuk membolehkan kakitangan kerajaan khususnya wanita pulang lebih awal bagi membuat persediaan berbuka puasa.

Beliau berkata, waktu rehat untuk kakitangan kerajaan negeri juga dipendekkan bagi mereka menunaikan solat dan sebagainya.

“Pekeliling tahun lepas (mengenai perkara itu) masih dipakai dan kita akan maklumkan kepada jabatan dan agensi kerajaan melalui surat biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Songket, Batik & Kraf Terengganu 2008 di sini hari ini. - Bernama

No comments: