14 July 2008

Peranan JPA perlu lebih komprehensif

Utusan Online

ISU kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketengahkan perlu diselesaikan dengan merujuk peruntukan Perlembagaan dan langkah yang dibuat perlu menjaga sensitiviti kaum tertentu.

JPA sekian lama telah membantu anak Malaysia mencapai cita-cita dan memainkan peranan sebagai penyumbang dana pendidikan di Malaysia. Pembiayaan pendidikan yang disumbangkan oleh JPA merupakan satu langkah murni dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.

Pemegang biasiswa JPA biasanya akan terikat dengan kontrak kerja dan hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan siswazah menganggur. Namun, dalam situasi ekonomi yang kian mencabar, JPA sebagai penyumbang dana pendidikan perlu lebih agresif memainkan peranannya.

JPA mungkin boleh menjadi orang tengah dengan menjadi penghubung antara syarikat swasta dan pelajar dalam mendapatkan bantuan kewangan. Pelajar akan menerima bantuan kewangan daripada pihak swasta dalam tempoh pengajian. Di akhir pengajian pelajar akan diserapkan dalam pasaran kerja.

Hal ini dapat mengurangkan isu pengangguran di kalangan siswazah. Cara ini juga dapat mengurangkan beban kewangan JPA yang hanya berkorban memberi dana pendidikan. Selain itu, cara ini juga akan dapat meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat penajaan dan idea pendidikan percuma dapat direalisasikan melalui pemberian biasiswa.

Kerjasama sedemikian juga dapat membantu meningkatkan jaringan industri dan sedikit sebanyak mampu melibatkan penyertaan pihak swasta dalam membiaya kos pendidikan tinggi.

Peranan JPA juga perlu dalam memperkasakan mahasiswa. Sebagai pembiaya kepada pengajian, JPA perlu lebih aktif dalam mewujudkan semangat motivasi di kalangan pelajar tajaannya terutamanya pelajar di IPTA.

Kini, JPA hanya bertindak membekal dana dan terserah kepada pelajar menggunakannya. Hal ini akan menimbulkan ketidakcekapan pemberian bantuan. Pihak JPA seharusnya mendekati para mahasisiwa melalui program motivasi dan program kearah memperkasakan mahasiswa. Cara ini akan melahirkan modal insan yang berkualiti dalam menjana ekonomi negara.

Kewujudan program-program yang berorentasikan kemahiran dan pasaran kerja serta motivasi dapat mewujudkan nilai ditambah kepada pelajar dibawah penajaan JPA.

Sekiranya langkah ini diperkasakan, pelajar-pelajar tajaan JPA akan lebih mendapat manfaat daripada usaha tersebut.

Isu pemberian biasiswa JPA ini perlu dilihat dari perspektif memperkasakan mahasiswa. Kejayaan pendidikan tinggi bukan diukur daripada enrolmen pelajar dan bantuan kewangan yang diperolehi tetapi melibatkan usaha penambahan nilai dan keberkesanan pemberian bantuan kewangan.

Kuantiti dan kualiti penajaan perlu bergerak seiringan.

MOHD.

Selangor

1 comment:

Anonymous said...

huh.. JPA bahagian perkhidmatan macam celaka!!.. pentingkan diri sendiri.. selalu buat kerja macam melepas batuk di tangga..buat kerja selalu pakai bedal main sumbat !!.. Selalu salahkan orang lain bila orang minta bantuan.. konon bagi alasan kena jaga 1 juta.. hoi orang lain pun jaga 1 juta juga lagi lebih ada!!..x pikir keperluan kementerian dan personel yg diberi khidmat!!.. bodoh bahalul .. lahanat makan duit haram .. aniaya orang melayu sendiri!!.. this for you "N".. jawa pukimak!!