16 July 2008

Kenaikan elaun BIW, Cola boleh ringan beban

Berita Harian

BERTUGAS di luar wilayah asal menjadi kebiasaan bagi penjawat awam peringkat kerajaan Persekutuan dan kita tidak menafikan ia adalah dasar baik kerana dapat menguatkan perpaduan dan kesefahaman antara tiga wilayah utama di Malaysia, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Namun, kenaikan kos sara hidup di seluruh negara sejak kebelakangan ini menjadikan kerajaan semakin prihatin terhadap keperluan penjawat awam tanpa mengira tempat.

Elaun Sara Hidup (Cola) kepada penjawat awam Persekutuan meringankan beban sebahagian daripada kami, namun bagi kami yang sedia berkhidmat di luar wilayah asal berasakan kehilangan keistimewaan dan dipinggirkan kerana tiada perbezaan antara Cola dan BIW berdasarkan jawapan wakil JPA terhadap persoalan daripada Mat Cola-BISS (Labuan).

Tambahan pula, jika Cola dinaikkan kepada RM500 sebulan sedangkan BIW kami kumpulan sokongan tidak melebihi RM500.

Kami yang bertugas di luar wilayah asal tidak mendapat sebarang keistimewaan kerana jika kami menduduki kuarters kerajaan, elaun EPW juga akan dipotong sepenuhnya seperti penjawat awam lain.

Jika beginilah dasar JPA, lebih baik kami ditempatkan semula ke wilayah asal kerana tiada pun perbezaan, sama ada kami berkhidmat di wilayah asal atau wilayah luar, malah mungkin perkhidmatan kami akan menjadi lebih baik kerana faktor dorongan keluarga yang berdekatan.

Harapan saya dan rakan yang sanggup berkhidmat di luar wilayah ialah kerajaan dan JPA mengkaji semula Cola, BIW/BISS dan EPW secara bersama dan menyeluruh.

Saya berharap kerajaan mengumumkan JPA sedang meneliti cadangan itu sebagai jaminan untuk menenangkan keadaan yang semakin panas di kalangan penjawat awam.

JOE PERANTAU,
Kangar, Perlis.

No comments: