04 April 2010

Lebih Banyak Jururawat Berijazah Di Hospital-Hospital Awam, Kata Liow

Oleh Alan Ting

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Perkhidmatan perubatan di Malaysia sedang mengalami satu perubahan dengan perkhidmatan yang lebih baik terutama di wad-wad klinikal berikutan lebih banyak jururawat berijazah diambil untuk berkhidmat di tempat-tempat itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan kira-kira 2,000 jururawat berijazah setahun melalui Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dari universiti awam dan swasta.

"Di peringkat kementerian, kami mampu melatih 8,000 orang di kolej dan sekolah-sekolah kejururawatan tetapi sekolah dan kolej ini tidak menawarkan kursus peringkat ijazah. Oleh itu, pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan universiti awam dan swasta untuk melatih lebih ramai jururawat.

"Dengan ini, kami berharap lebih ramai jururawat berijazah dapat dilahirkan dalam usaha kami untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, terutama di bidang klinikal," katanya kepada Bernama.

Liow berkata dengan adanya lebih ramai jururawat berijazah, ia membolehkan kementerian untuk meletakkan mereka di wad-wad klinikal.

"Sekarang kami mahu jururawat klinikal, berkhidmat di wad-wad klinikal, bagi mempertingkatkan perkhidmatan. Untuk melakukannya, kami juga sedang dalam proses untuk melaraskan gred bagi jururawat yang ada di bawah Kementerian Kesihatan agar setanding dengan jururawat berijazah yang baru menyertai perkhidmatan di bawah skala gaji U41," katanya.

Liow menjelaskan bahawa 19 Sekolah dan Kolej Kejururawatan di bawah Kementerian Kesihatan hanya menawarkan kursus sehingga ke peringkat diploma dan mereka menyertai perkhidmatan dengan gred U29.

"Sebelum ini, walaupun selepas para jururawat ini dapat melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah dan menjadi jururawat berijazah, mereka hanya boleh dinaikkan ke U32, lebih rendah daripada jururawat berijazah yang baru yang akan diletakkan serta merta di bawah gred U41.

"Kami telah melaraskan tangga gaji mereka supaya jururawat ini yang menyertai perkhidmatan di bawah U29, sebaik mereka menjadi jururawat berijazah, mereka akan diletakkan di bawah tangga gaji lebih tinggi pada U42," katanya.

Pada masa ini, tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menawarkan ijazah kejururawatan, melahirkan 413 jururawat berijazah setiap tahun manakala 13 universiti swasta juga menawarkan ijazah sarjana muda dalam kejururawatan dengan jumlah pengambilan 1,760 pelajar.

Jumlah pengambilan bagi universiti awam dan swasta ialah 2,173 pelajar.

Liow berkata terdapat dua jenis pengambilan bagi jururawat berijazah dalam perkhidmatan perubatan, iaitu bagi jururawat terlatih di bawah gred U29, U32 dan U36 bagi lulusan dengan diploma dan dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun yang akan diletakkan pada gred U42.

Pengambilan lain ialah bagi mereka dengan kelulusan Sijil Tingi Pelaran Malaysia (STPM) atau program matrikulasi yang akan menjalani kursus empat tahun dan sebaik tamat, akan diletakkan di bawah gred U41.

Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan merupakan ijazah akademik empat tahun dalam bidang prinsip dan sains kejururawatan, dari sebuah universiti pendidikan tinggi atau sekolah yang diberikan tauliah yang sama.

Walaupun seseorang itu layak untuk menduduki peperiksaan berlesen untuk menjadi seorang jururawat berdaftar selepas lulus dari satu program dua tahun dengan ijazah bersekutu atau daripada satu program kejururawatan empat tahun dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan, ijazah itu menyediakan jururawat untuk memainkan peranan profesional dalam perkhidmatan.

Seperti yang disuarakan Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) Matron Ramziah Ahmad, ia merupakan objektif persatuan itu untuk melihat lebih ramai jururawat berijazah dikeluarkan di negara ini.

"Dengan lebih banyak jururawat berijazah, kualiti penjagaan kejururawatan dapat dicapai. Dengan adanya jururawat berijazah sama ada dengan ijazah, ijazah sarjana atau PhD, mereka dapat memberikan pendapat dan berkongsi pengetahuan dan maklumat mereka dengan para doktor.

"Ini akan memastikan kualiti perkhidmatan kepada para pesakit, asalkan kita dapat melahirkan lebih ramai jururawat berijazah kerana bilangan jururawat berijazah masih kecil," katanya dengan menambah bahawa banyak jururawat matron dan sister sekarang bukan jururawat berijazah.

Terdapat tiga bidang pengkhususan bagi jururawat berijazah -- klinikal, pentadbiran dan pendidik.

Setakat Februari 2010, terdapat sejumlah 40,208 jururawat bekerja di sektor kesihatan awam manakala 16,800 lagi dengan perkhidmatan swasta. Hanya 555 merupakan jururawat berijazah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan manakala 321 dengan sektor swasta.

-- BERNAMA

18 comments:

Anonymous said...

bagaimana untuk melanjutkan pelajaran sekiranya setiap freshie yg melaporkan diri sebagai jururawat terlatih yang masih bersemangat untuk menyambungkan pelajaran sebelum menamatkan zaman bujang, diletakkan pelbagai syarat untuk menyambung pelajaran?? antaranya adalah perlu menunggu pengesahan jawatan dan yg ke 2 adalah perlu mengikuti sebarang kursus post basic terdahulu sebelum di layakkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. tetapi ada juga yang masih tidak dibenarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah walaupun telah berkhidmat lebih 5 tahun.

Anonymous said...

betul tu.......selalunya macam tu..sepatutnya kementerian kesihatan perlu ambil berat benda ini..ini nak biar ada pos basic dulu....nak apply pos basic pun kena tunggu senioriti... bidang jururawat adalah paling payah untuk further study..coz byk sgt halangan.......INI SEMUA TIDAK ADIL!!!!!!!!!!!!!!

nnk said...

yes setuju....pihak kementerian perlu sedar hakikat sebenar situasi nii..ini perlu bagi mengekang masalah kekurangan jururawat..faktor-faktor sebegini sebenarnya menyumbang kepada penamatan kerja bagi jururawat di KKM

Liyana Mahmood said...

sy bakal sambung degree in nursing. jururawat payah nak smbg stdy? serious?

Mazni said...

Salam...selayaknya anda memiliki Post Basik Kebidanan Bhg 1,untuk meneruskan pengajian di pkt ijazah...Baru anda digelar Sebagai :Jururawat.tqvm.

Anonymous said...

SAYA RASA AGAK TERKILAN DENGAN SISTEM YANG ADA DALAM KEJURURAWATAN DI MALYSIA. UNTUK MENJADIKAN JURURAWAT SEBAGAI BIDANG PROFESIONAL SEPENUHNYA MEMANG KITA WAJIB MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH. MASALAHNYA KITA NAK MENAIK TARAF UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT TETAPI KENA GUNA DUIT SENDIRI UNTUK BELAJAR... KESIAN KAN..DAH LA TU CUTI BELAJAR PUN HANYA UNTUK EXAM DAN TUTORIAL SAHAJA..UNTUK STUDY XDE..BAYANGKAN MACAM SAYA YANG SUDAH BERKELUARGA TETAPI BERSEMANGT UTK BELAJAR TERPAKSA BERHEMPASPULAS UNTUK KUMPUL DUIT SENDIRI DAN STRUGGLE DGN MASA UNTUK BELAJAR. KEPADA PIHAK BERWAJIB TOLONGLAH SIMPATI DGN NASIB PARA JURURAWAT , KADANG KALA TERFIKIR SAYA BAHAWA KEMAHIRAN YANG KITA MILIKI TIDAK DIPANDANG OLEH "MEREKA"..KHIDMAT JURURAWAT NI DIPERLUKAN DARI MANUSIA DALAM KANDUNGAN SEHINGGA LA MENEMUI AJAL..SEMUANYA JURURAWAT YANG BERTANGGUNGJAWAB..BERKHIDMAT 24JAM SEHARI..TOLONGLAH BERI SEDIKIT KEISTIMEWAAN KEPADA JURURAWAT YANG INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN..KEPUASAN BEKERJA DAPAT MENGEKALKAN JURURAWAT UNTUK BEKRJA LEBIH LAMA..

geram betol said...

jangan kerajaan ni asyik lebih2 kan jururawat jer ya..juruxray,physioterpy,jmp, pembantu perubatan pun kerja juga..kami pun nak sambung ijazah juga..dah la nursing dapat segala macam elaun kami ni tak dapat apa..kerja mereka lebih kurang jer kami ni kerja teruk pun korang tak der pandang..padahal basic education kami lagi tinggi daripada pemegang diploma nursing ni..biar la adil jika mahu dipilih

Anonymous said...

@gerambetol physiotherapist, juru x ray, pmbantu farmasi tu x macam jururawat. Jururawat berdiri 8 jam, pastu kena varicose vein, pastu ikut shift pulak. Basic education kami lebih tinggi sebab kena belajar semua jenis penyakit macam doktor. Bezanya kami x buat surgeri jer! Ko mampu?

Anonymous said...

@gerambetol jmp tu bukan ambik diploma pun, sijil jer. So memang x dipandang la. Di wad pun buat i/o chart jer.

Anonymous said...

@geram betol... Ko kje pa? Takat office hour n kdg oncall nk bising... Gaji n elaun jururawat msh x mncukupi bbnding kje kami... Jururawt 1st liner dlm mrawat pskit pape trjadi kmi jga yg diprtggjwbkn.. Ko hada?

unknown said...

jgn hina jmp yg taw buat i/o jer.. mcm mana kerja n hidup nak berkat klu kerja asyik menghina perjawatan org lain... ada akal ada ilmu guna... jgn kan diploma kalau ade phd ke atau sebarang kelulusan yg plg tinggi dlm dunia ni pon kalau hidup tak pandai menghormati hak org lain mmg gagal la...

unknown said...

jgn hina jmp yg taw buat i/o jer.. mcm mana kerja n hidup nak berkat klu kerja asyik menghina perjawatan org lain... ada akal ada ilmu guna... jgn kan diploma kalau ade phd ke atau sebarang kelulusan yg plg tinggi dlm dunia ni pon kalau hidup tak pandai menghormati hak org lain mmg gagal la...

Unknown said...

Jgnlah berdengki dgn jururawat semua....
Juru x-ray la yg paling byk curi tulang di hoslital kulim....

Unknown said...

Pengalaman anak berumur 3 thn kemalangan, nurse dan m.a bagus kerjanya x tnggu lama pun...
Saya terpaksa menunggu hampir 4 jam lebih gara2 juru x ray tidur... Bila saya tekan loceng kat kuanter tanpa henti, maka muncullah berok x ray yg mukanya sebam2 dan marah2 kat saya sedangkan saya menunggu 4 jam lebih tanpa mana2 pesakit lain melainkan anak kecil saya yg mengerang kesakitan sekitar 1am hingga hampir 6am...

Unknown said...

Memang masa tu saya dah plan nak repot ke pengarah kulim, tapi bila mana anak di wad kanak2 di layan dgn baik oleh para juruwarat, hati saya jadi kembali reda.... Sepanjang 2 minggu anak di wad, ada ko juru x ray n farmasi turun tgk pesakit/pantau keja or pesakit korang???
Nurse je yang saya tgk asyik buat keje korang, bagi ubat la, ni kan kerja farmasi kan....
Kena submit/bawa foto x ray... Ko org juru x ray duduk dlm blk korng jer mcm berok dlm zoo...
Ada ko sedar????
Apa2 pun.. Yerima kasih nurse2...

Unknown said...

Memang masa tu saya dah plan nak repot ke pengarah kulim, tapi bila mana anak di wad kanak2 di layan dgn baik oleh para juruwarat, hati saya jadi kembali reda.... Sepanjang 2 minggu anak di wad, ada ko juru x ray n farmasi turun tgk pesakit/pantau keja or pesakit korang???
Nurse je yang saya tgk asyik buat keje korang, bagi ubat la, ni kan kerja farmasi kan....
Kena submit/bawa foto x ray... Ko org juru x ray duduk dlm blk korng jer mcm berok dlm zoo...
Ada ko sedar????
Apa2 pun.. Yerima kasih nurse2...

Anonymous said...

Ini laman jururawat, yg jawatan lain dok sibuk pehal?! Fight untuk diri sendiri, jgn banding dgn jawatan lain. Kami fight utk kami je... Mengadu la kat persatuan masing2...

Unknown said...

hai...sy nak share je..btuo..jika ade yg berminat ..utk adik2 lepasan spm ?nak cuba mohon utk program pendidikan awal kanak kanak?trus wsp sis k sis bg info 011-16930576...intake utk nov dh dibuka bole mohon =progrm kerjasama UPSI ni.. dan jika ada brminat bidg nursing/farmasi pun bole pm sis.tq semua