11 March 2010

Tujuan ujian PTK dipertikai

Berita Harian
2010/03/11

SAYA ialah pembantu tadbir di Kementerian Kesihatan. Kali pertama saya mengambil peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ialah pada 2005 dengan keputusan Komponen (umum) aras empat dan (khusus) aras tiga.

Selepas itu, setiap tahun saya berusaha mengambil kembali komponen (khusus) untuk mencapai aras empat agar mendapat anjakan gaji yang kini sudah sudah mencapai tahap maksimum (P1 T24).

Cuba bayangkan dengan tempoh perkhidmatan 29 tahun saya masih berada di P1 T24 dan bila-bila masa akan bersara. Bagaimana keputusan PTK dinilai. Jika kita berada aras tiga (layak untuk naik pangkat) dan apabila mengambil kembali peperiksaan itu untuk membaiki aras kecekapan, mana mungkin aras kita boleh pergi kepada aras satu atau dua?
Sepatutnya jika tidak berupaya mencapai aras empat, keputusan kekal pada aras tiga, tidak mungkin kita semakin bodoh?

Kalau beginilah keputusannya kita hanya membuang masa dengan menduduki peperiksaan yang entah apa tujuannya.

SABARIAH MUSTAFFA,
Hospital Melaka.

1 comment:

laziaf said...

salam.. yang menjadi satu masalah lagi.. soalan ptk tu soalan tertutup.. tak boleh review balik soalan coz soalan tu akan digunapakai untuk xm yg akan datang.. tapi macam mana kita nak tengok tahap pencapaian kita sendiri.. saya sendiri pun nak tengok berapa banyak soalan yang saya jawab betul.. tah2 keputusan saya 40/40 tapi pihak kkm boleh saja cakap saya dapat aras 3.. siapa yg tahu..