19 October 2009

JPA perjelas skim gaji

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk artikel ‘Gaji pensyarah lulusan sarjana sama gred guru sekolah rendah’ oleh Pensyarah Sarjana Malang yang disiar 7 Oktober lalu.

Untuk pengetahuan, Skim Perkhidmatan Pensyarah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah adalah berbeza yang memperuntukkan kelayakan masuk, gred jawatan, perbekalan kenaikan pangkat, jadual gaji matriks mengikut skop dan fungsi diperlu perkhidmatan itu.

Skim Perkhidmatan Pensyarah mengambil kira keperluan semasa dan peranan pensyarah dalam pembangunan modal insan pada peringkat pengajian tinggi. Pelantikan ke Skim Perkhidmatan Pensyarah bermula di Gred DS45. Kelayakan ialah sarjana. Pemegang kelulusan ini boleh dilantik ke gred lebih tinggi berdasarkan pengalaman dan kecemerlangan akademik istimewa.

Pensyarah Universiti Gred DS45, DS51 dan DS52 boleh dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi (Gred DS54 dan ke atas) jika universiti bersetuju pensyarah berkenaan mencapai tahap kecemerlangan akademik istimewa dan memenuhi syarat lain ditentukan lembaga pengarah universiti. Keputusan kenaikan pangkat perlu diperakukan ketua perkhidmatan. Pengadu boleh hubungi 03-8316 4073 di Bahagian Saraan, JPA untuk tindakan lanjut.

NIK NORAINI

NIK YA,

Ketua Unit Komunikasi

Korporat, JPA.

3 comments:

Tak Faham said...

JPA perjelas skim gaji? Tak nampak macam penjelasan pun artikel kat atas tu.

Anonymous said...

jadi untuk semua skim DS..rajin2 lar ampu VC kau orang, tulis artikel utk naik skim pun boleh Copy paste karang nih....hu.hu.hu..apa pun gaji ko rang banyak kan..kan..jgn lupa bayar cukai @ zakat yer....

Anonymous said...

Tuan....
Pensyarah nak gaji lebih dapatkan lah PhD. Setakat Sarjana dah BERSEPAH-SEPAH di sekolah rendah dan menengah. Pk sekolah pun ramai ada PhD. Lagi satu kalau nak banyak berniaga la. kalau makan gaji tengoklah berapa sangat Gaji Jusa A, B, C pun....54, 52 pun...

TYT-kabin