22 May 2009

Utara: Pesara rayu pencen minimum RM720

SERI ISKANDAR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) bahagian Perak merayu kerajaan memberi pencen bulanan minimum sebanyak RM720 kepada pesara perkhidmatan awam dan bekas tentera.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Hamzah berkata, pemberian pencen bulanan itu termasuk kepada bekas tentera yang pernah berkhidmat pada zaman British.

Beliau berkata, pesara perkhidmatan awam dan bekas tentera terbabit pernah memberi sumbangan besar terhadap jentera kerajaan dan keselamatan negara satu ketika dulu.

Katanya, rayuan itu mempunyai asas kukuh kerana kebanyakan mereka ketika ini hanya menerima bayaran pencen bulanan kira-kira RM500.

"Pendapatan sebanyak itu sudah tidak relevan lagi serta ia di bawah paras kemiskinan dan sudah tentu menjadi satu keadaan yang tidak seimbang dengan kos hidup tinggi sekarang," katanya ketika ditemui selepas persidangan tahunan PPKM ke-22 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Seri Iskandar di sini.

No comments: