18 March 2008

Penjawat lantikan negeri diabai

Berita Harian

TERLEBIH dulu saya bersyukur mendapat pekerjaan tetap dalam perkhidmatan awam, namun saya yang berjawatan Pembantu Kebajikan Masyarakat (lantikan negeri) ingin mengemukakan masalah yang boleh dikongsi bersama bagi pihak kerajaan menanganinya. Untuk pengetahuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilihat hanya memperjuangkan nasib dan masa depan kakitangan lantikan Persekutuan, sedangkan mereka yang dilantik negeri terabai. Kakitangan lantikan Persekutuan berpeluang menikmati pelbagai peluang kenaikan pangkat walaupun baru berkhidmat enam tahun. Sebaliknya nasib dan masa depan saya dan rakan lain Pembantu Kebajikan Masyarakat yang dilantik negeri, yang lama berkhidmat dibiarkan tanpa pembelaan.

Rakan saya Pembantu Kebajikan Masyarakat yang dilantik negeri lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Peperiksaan Khas Gred S27 pernah memohon Jawatan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Gred S27 (Persekutuan) tetapi ditolak dengan pelbagai alasan yang keliru diberikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) dan JKM.

Oleh itu saya memohon pihak berkenaan memahami dan membantu menyelesaikan masalah yang sekian lama dihadapi Pembantu Kebajikan Masyarakat lantikan negeri di seluruh negara.

KAKITANGAN JKM MALANG,
Bandar Pusat Jengka, Pahang.

No comments: