04 April 2007

Lagi JPN dan PTD

Sumber : Utusan Online


SURAT 2
SAYA ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Puteri dari Kajang Utama yang membuat gambaran bahawa status PTD dengan guru adalah seperti langit dengan bumi. Soalannya, siapakah di langit dan siapakah di bumi? Soalannya, hebat sangatkah PTD berbanding dengan penjawat awam lain?

Mungkin saudari Puteri adalah seorang PTD, tetapi izinkan saya untuk memaklumkan kepada saudari tentang sejarah penubuhan UMNO dan juga sejarah penolakan Malayan Union.

Untuk makluman semua, golongan yang bertindak di peringkat akar umbi dalam menentang rancangan penjajah adalah pihak pendidik atau guru, sedangkan pada masa itu PTD ataupun dikenali sebagai Malay Civil Service (MCS) merupakan mereka yang ampu penjajah. Tetapi malangnya, akibat daripada beberapa faktor, mereka ini terus memonopoli perjawatan utama awam seperti ketua setiausaha dan lain-lain.

Saya seorang guru yang bertugas di salah sebuah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan untuk saya dinaikkan pangkat ke DG44, ia mengambil masa selama 15 tahun. Sedangkan anak buah saya iaitu seorang PTD hanya memerlukan hanya tiga tahun untuk dinaikkan pangkat ke M44. Di manakah keadilan?

Kursus yang saya ikuti sepanjang lima belas tahun hampir memakan masa selama dua tahun secara purata, sedangkan seorang PTD untuk mendapatkan Diploma Pentadbiran Awam hanya memerlukan enam bulan, soalannya di manakah keadilan?

Adakah kerana mereka seiring bersama para menteri, melayakkan mereka untuk dinaikkan pangkat sewenang-wenangnya? Jika inilah senarionya maka adalah wajar dihapuskan semua skim perkhidmatan lain seperti N, DG, F, S, DS, DM, Q, dan semuanya digantikan dengan M iaitu PTD.

– GURU SEDIH,

Gombak.

No comments: