04 April 2007

JPN dan PTD

Sumber : Utusan Online

SURAT 1
SAYA mengucapkan syabas kepada persatuan dan kesatuan guru yang berani menentang cadangan untuk memasukkan PTD ke dalam perkhidmatan Jabatan Pelajaran Negeri.

Perkhidmatan PTD telah begitu lama memperkecil-kecilkan perkhidmatan lain dengan mengatakan PTD adalah pentadbir yang elit tapi hakikatnya, yang berkaliber cuma segelintir.

Yang selebihnya adalah generalis yang hanya memikirkan bila mereka akan naik pangkat.

Mereka tidak berminat untuk menjaga kepentingan jabatan di mana mereka ditempatkan kerana jawatan yang disandang adalah batu loncatan sebelum mereka naik pangkat dan berpindah ke jabatan lain. Mereka bukan berkhidmat untuk negara tapi berkhidmat untuk perkhidmatan PTD.

Saya yakin perkhidmatan lain termasuk jawatan teknikal mempunyai pentadbir berwibawa. Hal-hal pentadbiran termasuk kewangan boleh dipelajari tetapi kepakaran dalam bidang pendidikan dan pengkhususan lain seperti kejuruteraan, teknologi maklumat memerlukan pengetahuan dan pengalaman.

Oleh itu pentadbir di jabatan-jabatan yang memberikan perkhidmatan yang khusus ini perlu dilantik daripada kalangan perkhidmatan yang sama.

Cadangan ini adalah cara perkhidmatan PTD mengembangkan sayap mereka untuk memasuki jabatan-jabatan yang dikendalikan oleh perkhidmatan pendidikan. Apa akan jadi pada peluang kemajuan kerjaya anggota perkhidmatan pendidikan? Saya berpendapat kemasukan PTD ke Jabatan Pelajaran Negeri adalah tidak wajar.

– ANAK MALAYSIA.

No comments: