Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

16 August 2007

Civil servants must not be on blacklist for defaulting on study loans

Berita Harian

SEREMBAN: Civil servants have to make a declaration that they are not on the blacklist for defaulting on government study loans before they can be considered for promotions.

This includes those being considered to fill up higher positions on an acting basis.

Public Service director-general Tan Sri Ismail Adam said the Public Service Promotions Board decided on this during a meeting on July 21.

“From now on, this will be compulsory,” he said.

“If they are found to have lied, action will be taken under regulation 4 (f) and (g) of the General Orders (Conduct and Discipline) 1993,” he added.

Other conditions to be considered for promotions are that the individual must have declared his income, not been investigated by the Anti-Corruption Agency and is not facing any disciplinary action.

Ismail said the study loans would include those from the PSD, National Higher Education Fund, Mara, Johor Education Foundation, Terengganu Foundation, Telekom Foundation, Selangor Islamic Affairs Council, Tunku Abdul Rahman Foundation (Sarawak), Sultan Iskandar Foundation (Johor) and the Employees Provident Fund.

It is learnt that defaulters owed the Government more than RM1bil in unpaid loans.

The Higher Education Ministry, with the help of the National Registration Department, has identified 40,573 borrowers who are working in government agencies or government-linked companies, who had taken loans from the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).

As of March, 438,775 borrowers still owed the PTPTN RM920mil.


12 June 2007

Pendapatan bawah RM1,200, potong gaji di bawah SSPN

Utusan Online

KUALA TERENGGANU 11 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan membuat potongan gaji di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, potongan gaji sekurang-kurangnya RM20 sebulan itu adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk mengurangkan beban apabila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut beliau, ini kerana keluarga yang berpendapatan rendah berpeluang menikmati geran sepadan yang diberikan oleh kerajaan sehingga RM10,000 untuk jumlah simpanan yang dibuat.

‘‘Potongan gaji sebanyak RM20 sebulan dirasakan tidak membebankan kerana ia merupakan simpanan jangka panjang untuk kemudahan anak-anak mereka selain mengurangkan kebergantungan kepada PTPTN,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Tanjong Mengabang di sini hari ini.

Dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu semalam iaitu Omar Abdul Rahman dan Dagang Che Ali masing-masing menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sumbangan Razali serta bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Kebajikan Masyarakat (Mayang) Kuala Terengganu.

Lima lagi keluarga yang turut terjejas dalam kejadian itu menerima bantuan makanan sumbangan JKM Daerah Kuala Terengganu dan Mayang Kuala Terengganu iaitu Khatijah Awang, Rozita Ibrahim, Ismail Bakar, Norita Ariffin dan Khalid Ismail.

Bagaimanapun Razali berkata, kaedah itu masih di peringkat kajian dan jika didapati bersesuaian, ia akan dicadangkan untuk dilaksanakan terhadap golongan terbabit.

Jelasnya, pada masa ini PTPTN juga telah menetapkan syarat bahawa pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN perlu mempunyai simpanan dalam SSPN kurang-kurangnya RM500.

Selain geran sepadan, kata beliau, banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh kerajaan melalui SSPN seperti perlindungan insurans percuma sehingga RM50,000 dan dikecualikan cukai pendapatan melalui dividen atau keuntungan yang diperoleh.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat simpanan melalui 1,000 ejen yang dilantik serta secara dalam talian e-SSPN melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), CIMB, Hong Leong Bank dan Public Bank.

15 May 2007

PSD after officers who don’t pay loans

NST

PUTRAJAYA: Government officers who have not repaid loans taken from the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN), beware.

The Public Service Department is waiting for the list of defaulters from the corporation.

"We have asked PTPTN for their full names. Heads of department have also been told to provide us with the list of officers, regardless of their positions, who still have not repaid a single sen of their loans although they have been in government service for years.

"We will not hesitate to take disciplinary action against these people," PSD corporate and communication head Hasniah Rashid told the New Straits Times yesterday.

PSD will start issuing reminders once the list of names has been received.
Hasniah said disciplinary action, including termination of service, could be taken against the defaulters as provided under the PSD’s conduct and discipline procedure.

She described government officers who defaulted on PTPTN loans as irresponsible and lacking in integrity.

"These people defy orders and they paint a bad image of the civil service."

The Higher Education Ministry, with the help of the National Registration Department, has identified more than 40,000 PTPTN borrowers who are working in government agencies or government-linked companies.

Of the total, about 30,000 have begun servicing their loans while nearly 400, who achieved excellent results, were exempted from repayment.

Deputy Higher Education Minister Datuk Ong Tee Keat had said that the remaining borrowers had not made any payment on their loans.

More than RM1.5 billion is due to PTPTN as of March 31.

Ong had said that after deducting the postponement of certain repayments and exemptions for those who excelled, as well as those who had become disabled or who had died, the amount due was RM1.38 billion from 438,775 borrowers.

However, PTPTN had only managed to collect RM460.76 million so far, which accounted for 33.45 per cent.

11 May 2007

JPA mesti bijak tangani masalah


Kakitangan awam ingkar bayar PTPTN: Cuepacs gusar tindakan disiplin jejas sistem kerajaan

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membantu mencari kaedah menyelesaikan masalah kakitangan kerajaan yang tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bukan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka.

Presidennya, Omar Osman, berkata JPA sepatutnya membantu kakitangan awam termasuk memanggil mereka dan menganjurkan sesi khas penerangan bayaran balik pinjaman.

Katanya, JPA juga boleh menganjurkan kepada jabatan dan agensi kerajaan membuat potongan gaji untuk kakitangan yang meminjam daripada tabung berkenaan.

“Saya berpendapat lebih baik cara penyelesaian diberikan perhatian dan bukan terus mengambil tindakan tatatertib kerana ia boleh mengganggu tugas kakitangan. Kerajaan pula rugi kerana pegawai digantung kerja boleh menggugat sistem penyampaian dan produktiviti perkhidmatan awam,” katanya dihubungi Berita Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, bahawa jabatan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan yang gagal menjelaskan pinjaman.

Katanya, tindakan itu boleh diambil kerana sikap tidak bertanggungjawab dan mengingkari perintah dianggap sebagai salah laku.

Omar berkata, kakitangan awam yang meminjam PTPTN tidak hanya membabitkan pegawai, tetapi kakitangan rendah.

10 May 2007

PTPTN mahu gaji 10,000 pegawai dipotong


KOTA BHARU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahu majikan membuat potongan gaji bulanan untuk memastikan 10,000 pegawai pelbagai jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melunaskan pinjaman mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd Ghani, berkata perbadanan itu akan menghubungi majikan mereka yang terbabit bagi membolehkan proses pemotongan seperti itu dilaksanakan seberapa segera.

Katanya, surat mengenai perkara itu sudah dihantar kepada majikan berkenaan dan ia akan disusuli dengan perbincangan antara majikan, peminjam serta PTPTN mengenai proses pemotongan selanjutnya.

“Sebelum bertindak tegas terhadap peminjam itu, PTPTN akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan pinjaman itu dapat dilunaskan secepat mungkin.

“PTPTN akan menyusul dengan mengadakan perbincangan mengenai proses pemotongan gaji itu supaya tidak membebankan pihak berkenaan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan 10,000 pegawai kerajaan yang ingkar melunaskan hutang dengan PTPTN.

Senarai peminjam ingkar itu diperoleh PTPTN hasil maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan majikan masing-masing.

Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya mahu PTPTN merangka kaedah yang membolehkan pembayaran balik pinjaman pendidikan itu dibuat peminjam, termasuk potongan gaji automatik.

JPA ambil tindakan disiplin


Ketua Pengarah anggap pegawai tak bayar hutang PTPTN perbuatan salah laku

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengambil tindakan tata tertib terhadap pegawai kerajaan yang dikesan gagal menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam, berkata tindakan itu boleh diambil kerana sikap tidak bertanggungjawab dan mengingkari perintah juga dianggap sebagai perbuatan salah laku.

“Perbuatan salah laku itu bukan saja menjejaskan imej perkhidmatan awam, malah boleh mengganggu keberkesanan sistem penyampaian kerajaan. PTPTN perlu mengemukakan senarai nama pegawai terbabit bagi membolehkan JPA mengambil tindakan.

“Kita akan cari mereka sampai dapat. Kalau dah degil sangat, boleh kena tindakan tata tertib. Nasihat saya mudah saja, kalau dah berhutang tu, kena bayar la,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tata Tertib) 1993, pegawai yang melakukan kesalahan tata tertib boleh dikenakan tindakan sama ada diberi surat amaran, denda, lucut hak gaji, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata kira-kira 10,000 pegawai pelbagai jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesan belum membayar balik pinjaman PTPTN kerana beranggapan mereka boleh mengelak dikenakan tindakan.

Senarai nama peminjam ingkar itu diperoleh menerusi maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan majikan masing-masing. Pegawai terbabit, termasuk guru, pensyarah, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) serta doktor.

Berdasarkan maklumat sehingga 15 April lalu, 40,573 peminjam PTPTN didapati sudah mendapat pekerjaan di pelbagai jabatan kerajaan dan GLC.

Daripada jumlah itu, 30,027 sudah membuat pembayaran dan 359 peminjam diberi pengecualian kerana memperoleh Ijazah Kelas Pertama yang melayakkan pinjaman itu ditukarkan kepada biasiswa.

Ismail berkata, pegawai terbabit sepatutnya menjelaskan pinjaman itu kerana bayaran balik berkenaan boleh dijadikan modal pusingan untuk generasi pelapis melanjutkan pengajian.

“Kesedaran dan tanggungjawab itu penting, malah tanpa pinjaman PTPTN tentunya mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata pihaknya sedia membantu mengesan kakitangan TNB yang gagal menjelaskan pinjaman PTPTN.

“Kita harap PTPTN dapat mengemukakan segera senarai peminjam ingkar supaya kita dapat menasihatkan mereka agar segera membuat bayaran,” katanya sambil menambah, TNB tidak boleh mengenakan tindakan atau potongan gaji kerana ia melanggar Akta Pekerjaan.

09 May 2007

Hutang PTPTN: 10,000 pegawai kerajaan ingkar


JPN, LHDN beri senarai

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 pegawai pelbagai jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesan belum membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana beranggapan mereka boleh mengelak dikenakan tindakan.

Senarai nama peminjam ingkar itu diperoleh PTPTN hasil maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan majikan masing-masing.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat (gambar), berkata sehingga 15 April lalu 40,573 peminjam PTPTN didapati sudah mendapat pekerjaan di pelbagai jabatan kerajaan dan GLC.

Daripada jumlah itu, 30,027 sudah membuat pembayaran dan 359 peminjam diberi pengecualian kerana memperoleh Ijazah Kelas Pertama yang melayakkan pinjaman itu ditukarkan kepada biasiswa.

Ong menegaskan peminjam ingkar akan dikenakan tindakan keras kerana mereka sudah diberi masa yang cukup untuk berhubung dengan PTPTN dan membuat pembayaran balik pinjaman.

“Penahanan pasport adalah tindakan terakhir yang akan diambil selepas tiga kali surat peringatan, surat tuntutan bayaran balik, tindakan mahkamah dan disenarai hitam.

“Tindakan ini perlu kerana jumlah kutipan tabung itu masih tidak begitu baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Mengenai pengeluaran visa e-pelajar kepada warga asing, Ong berkata, kerajaan akan menubuhkan panel penilai khas membabitkan pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi, Imigresen dan polis.

Penubuhan panel itu bagi memastikan pelajar asing tidak mencari kerja, menghilangkan diri atau mempunyai kelayakan akademik yang sepatutnya untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan.

"Menerusi sistem manual sebelum ini, 212 IPTS boleh mengambil pelajar asing yang memohon terus visa di Jabatan Imigresen tetapi ini menyebabkan kemasukan pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan.

“Lebih memburukkan apabila mereka yang tidak layak ini menyalahgunakan visa dengan bekerja di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, panel penilai e-pelajar itu akan bermesyuarat setiap minggu bagi menimbang permohonan visa pelajar asing untuk mengelakkan kelewatan proses pengeluaran dokumen perjalanan itu.