Guru agama Johor rayu Cuepacs bantu tuntutan naik gaji
Berita Harian
UNTUK makluman, kami Guru Agama Kerajaan Negeri Johor Gred DGA26 yang berkhidmat di bawah Jabatan Agama Johor, Bahagian Pendidikan adalah lantikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ).
Kami mohon jasa baik Cuepacs menyelesaikan masalah anjakan gaji lulusan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) pada aras IV yang masih tidak dapat kenaikan itu bermula 2006 sehingga 2008.
Semua maklumat guru berkenaan sudah dihantar kepada Pengarah Jabatan Agama Johor untuk kenaikan anjakan gaji.
Untuk makluman, kami sedia maklum syarat anjakan gaji seperti berikut:
4.1 Lulus PTK aras IV.
4.2 Laporan Prestasi Tiga Tahun berturut-turut.
4.3 Kelulusan Ketua Jabatan (Pengarah Jabatan Agama Johor).
Bagaimanapun, syarat ketiga menyebabkan kami tidak menerima anjakan itu dengan alasan ketua jabatan mengatakan itu haknya untuk meluluskan atau tidak.
Kami tidak puas hati kerana sudah bersungguh-sungguh mengambil peperiksaan dan lulus tetapi tidak mendapat kenaikan berkenaan. Kami juga ingin hak seperti penjawat awam lain.
Harapan kami Cuepacs dapat membantu menyelesaikan masalah ini supaya kami tidak lagi menunggu bulan jatuh ke riba.
GURU AGAMA,
Kerajaan Negeri Johor Gred DGA29.
No comments:
Post a Comment