18 August 2009

Lantikan KPSL diabai walau bertungkus lumus lulus ujian

Berita Harian

SAYA tidak berpuas hati dengan penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 kepada jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17.

Saya adalah salah seorang yang menerima tawaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk lantikan secara KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi Gred N17) pada Mac 2009 dan diberikan gaji paling hampir dengan gred yang terdahulu.

Pada Julai 2009, JPA mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 yang mana akan diberikan kenaikan gaji yang melebihi daripada lantikan KPSL seperti saya berdasarkan tarikh kenaikan gaji (Oktober) yang didahulukan pembayarannya dan diberikan pula kenaikan gaji yang paling hampir dengan tangga gaji yang baru.

Saya rasa seperti lantikan KPSL ini diabaikan. Sepatutnya lantikan KPSL ini diberikan perhatian kerana kami bertungkus lumus untuk lulus ujian KPSL.

Lantikan KPSL juga memerlukan pengesahan jawatan dan kami perlu menghadiri kursus induksi dan lulus Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 untuk pengesahan jawatan.

Ini tidak adil berbanding jawatan yang dijumudkan dengan sewenang-wenangnya tanpa perlu pengesahan jawatan gred N17. Saya berharap JPA mengambil perhatian perkara ini.

YANG DIPINGGIRKAN,

Kuala Lumpur.

1 comment:

Anonymous said...

kalau tak silap saya.. prinsip pemberian gaji kenaikan pangkat (hakiki atau KPSL) adalah sama. Kaedah penetapan gaji kenaikan pangkat ini dijelaskan dalam pekeliling perkhidmatan bi. 14 tahun 2007.

oleh yang demikian, saya rasa isu ketidakadilan dalam pemberian gaji antara pegawai KPSL dengan pegawai yang ditawarkan opsyen seharusnya tidak timbul.

saya pasti JPA akan memberikan maklum balas yang lebih tepat. walau bagaimanapun, pengadu boleh juga semak dengan bahagian sumber manusia kementerian/jabatan/agensi tempat beliau bertugas.