22 August 2009

Dakwa rasuah babit pegawai kanan Perhilitan

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Persatuan Hak Asasi Haiwan Malaysia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, semalam mendakwa rasuah membabitkan seorang pegawai kanan Jabatan Perhilitan dalam memperdagangkan hidupan liar ke luar negara.

Pengerusinya, N Surendran membuat laporan itu kira-kira jam 11 pagi.

Surendran berkata, pegawai itu mengeluarkan permit khas kepada pedagang hidupan liar haram untuk menjalankan perdagangan hidupan liar membabitkan haiwan dari Malaysia.

"Malah, ketika pedagang itu ditahan dalam penjara selama 71 bulan di Amerika Syarikat selepas disabitkan kesalahan menjalankan perdagangan hidupan liar, pegawai kerajaan itu turut memberikan perlindungan peribadi kepadanya.

"Pegawai kanan yang saya maksudkan itu kini menjawat jawatan tinggi di jabatan berkenaan yang beribu pejabat di Putrajaya," katanya di pekarangan IPD itu, semalam.

No comments: