Ramai tak hargai doktor kerajaan
Berita Harian
SAYA berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan selama enam tahun sebelum berpindah ke sektor swasta. Sepanjang tempoh 10 tahun bekerja sebagai doktor, bermacam-macam kerenah pesakit saya lalui, ada yang manis dan tidak kurang pula pahit.
Pengalaman merawat manusia yang sakit adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat digambarkan dan menuntut seribu kesabaran serta pengorbanan. Kerjaya ini memerlukan minat mendalam, ketekunan dan kesungguhan kerana nyawa manusia adalah taruhan.
Sering kali kita terdengar rintihan dan keluhan orang awam mengenai perkhidmatan doktor di hospital kerajaan di akhbar atau televisyen. Isu ini mendapat liputan meluas dan kebebasan untuk bersuara yang diberikan kepada orang awam menjadikannya lebih panas.
Pelbagai tohmahan dan penghinaan terus dilemparkan tanpa pembelaan secukupnya menjadikan profesyen pegawai perubatan kerajaan tidak lagi dipandang tinggi masyarakat. Doktor kerajaan dituduh cuai, tidak cekap, mata duitan, memalukan dan bermacam-macam lagi.
Doktor kerajaan kini tidak lagi dihormati seperti dulu dan sering menjadi mangsa maki hamun pesakit atau keluarga mereka. Perkara ini terus berlaku tanpa ada pembelaan sewajarnya daripada pihak berwajib. Malah ada di kalangan orang ata-san di jabatan kerajaan yang turut sama merendahkan martabat mereka semata-mata untuk tujuan politik.
Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan mereka? Untuk makluman semua, tugas seorang doktor di hospital kerajaan amat berat. Memang pada zahirnya mereka gah berjalan memakai kot putih tetapi pada lahirnya mereka menanggung banyak beban tugas yang wajib dilaksanakan, tidak sejajar dengan gaji yang mereka peroleh.
Seawal jam 8 pagi mereka sudah mula bertugas dan pulang hanya apabila tugas selesai tanpa had masa. Tugasan 'on-call' menjadikan mereka berjaga sepanjang 24 jam tanpa rehat atau tidur yang cukup. Dalam waktu ini otak mestilah sentiasa berfungsi kerana sebarang kesilapan akan membahayakan nyawa pesakit.
Doktor di dewan bedah pula sentiasa perlu fokus menjalankan pembedahan berjam-jam sehingga mereka tidak berkesempatan untuk makan semata-mata berusaha menyelamatkan nyawa pesakit. Akibat kekurangan doktor, mereka kadangkala terpaksa bekerja berterusan sehingga lebih 48 jam tanpa rehat.
Hospital menjadi rumah kedua mereka dan pesakit lebih diutamakan berbanding keluarga mereka sendiri. Namun, dalam keadaan ini mereka terus juga melakukan tanggungjawab tanpa mengharapkan balasan daripada pesakit mereka. Kerana inilah kerjaya doktor di hospital kerajaan adalah tidak ternilai pengorbanannya dengan wang ringgit.
Perkhidmatan hospital kerajaan dianggap murah kerana pesakit hanya perlu membayar sedikit wang serendah RM1 untuk mendapatkan ubat di jabatan pesakit luar. Dengan wang yang sedikit ini pesakit boleh diberikan apa juga ubat bergantung kepada penyakit mereka. Perkara ini tidak berlaku di negara maju kerana kos perubatan amat tinggi dan tiada subsidi diberikan setanding negara kita.
Jika dibandingkan dengan kos perubatan di hospital swasta, nilai rawatan di hospital kerajaan adalah berkali-kali jauh lebih murah.
Mengapakah rakyat masih lagi tidak tahu bersyukur dan berterima kasih? Adakah kerana nilai RM1 ringgit ini perkhidmatan hospital kerajaan dianggap memberikan perkhidmatan mu-rahan dan doktor kerajaan juga manusia yang tidak bernilai yang tidak perlu dihormati?
Saya berharap doktor dan semua kakitangan yang bekerja di hospital kerajaan diberi perhatian dan pembelaan kerana merekalah sebenarnya tunjang perkhidmatan kesihatan negara. Janganlah kita berterusan mewujudkan paradigma negatif terhadap mereka demi kebaikan kita semua.
BEKAS DOKTOR KERAJAAN,
Damansara Damai,
Selangor.
4 comments:
Saya sebagai penjawat awam terdetit di hati untuk menjawap luahan hati doktor kerajaan yang benar-benar menjalankan tugas sebagai doktor tetapi terpaksa menerima kerenah-kerenah pesakit yang doktor tidak tahu apa yang berlaku di luar bilik doktor sebelum mendapat rawatan doktor. Salah satunya ialah terlalu lama menanti giliran untuk menemui rawatan doktor dan berdepan dengan kerenah jururawat dan pegawai bertugas pada masa itu. Situasi ini menyebabkan pesakit hilang kesabaran dan malangnya berjumpa pula doktor yang penat atau ada masalah sendiri maka mendapat rawatan yang 'cincai' sahaja. Misalnya tanya sakit apa jawapnya demam tak sempat jawap panjang lagi terus doktor kata ok boleh ambil ubat. Biasa saya dengar komen pesakit kalau macam tu kami pun boleh jadi doktor.Itu certain doktor saja bukannya semua. Tapi kalau doktor swasta layanannya lebih jauh baiknya kenapa, mereka tiada masalah ke?
Saya pun bersependapat dengan pengomen pertama. Saya bukan menidakkan kebaikan dan jasa doktor kerajaan, tetapi masalah segelintir dr sebahagian mereka inilah yg menyebabkan amat kecewa dgn perkhidmatan mereka. Sememangnya mereka yang pergi ke klinik@hospital kerajaan orang yang bukan berpendapatan besar, sebab itulah mereka sanggup menunggu berjam-jam semata-mata mahu mendapatkan servis. Tetapi tidakkah 'doktor kerajaan yang bermasalah' tadi terfikir yang mereka ini juga layak mendapat layanan sebagai pesakit, sewajarnya. Kami bukanlah mahukan layanan 1st class, tetapi cukuplah sekadar memeriksa dgn sebetul-betulnya, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sudahlah senyuman itu jauh sekali. Malah memandang pesakit seolah-olah tiada maruah.
Sy berharap doktor sebegini harus diberi kursus yang sebetulnya, bagaimana menghandle pesakit. Kalau doktor penat, pesakit yang sakit lagi penat melihat mereka.
Wallahualam.
Bercakap berdasarkan pengalaman.
..aslm'kum. 'ramai' bukan 'semua'. Walaupun rasa kecewa doktor itu amat berasas, mesti ada sebabnye juga kenapa ada sebahgian orang awam mempunyai anggapan-anggapan yang 'kurang positif' terhadap doktor kerajaan ..baru semalam saya sendiri melalui 'hakikat' ini. ..walaupun hampa saya terima saja; saya beritahu diri saya sendiri doktor kerajaan hanyalah manusia biasa ..kehampaan saya terubat tidak lama kemudian bila saya bertemu dengan seorang doktor swasta ..cheers :)
Askm.disini saya ingi berkongsi pengalaman dengan doktor kerjaan semasa kemalangan jalan raya.Akibatnya kaki saya bengkak. Saya dimasukkan ke wad sehari disebabkan tiada tulang yg patah dan dibenarkan pulang.
Setelah lebih seminggu kaki sy mengalmi begkak dan sy merujuk semula kpda doktor berkenaan, tetapi doktor menhesahkan tiada apa2. Sy tidak berpuas hati dan rujuk kepada hospital swasta dan membuat ct scan. Rupa2nya terdapat pendarahan dalaman. Nasib baik belum terlambat.. so apa komen saudara. Adakah doc kejaan kerja sambil lewa @ benar2 professional??? Wassalam...
Post a Comment