Skim gaji pensyarah IPTA tak berbaloi
Berita Harian
HASRAT kerajaan memanggil balik tenaga pakar dari luar negara untuk diberikan insentif kepulangan bagi membolehkan mereka berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mungkin ada rasionalnya tersendiri.
Namun, biarlah selepas kebajikan kakitangan dan isu dalaman IPTA membabitkan kakitangan termasuk gaji diberikan perhatian.
Sebagai contoh, isu peluang kenaikan pangkat pensyarah universiti yang berkhidmat lebih 20 tahun pada gred DS45, tetapi tidak dilantik ke gred jawatan lebih tinggi masih berterusan, sedangkan jawatan Pendaftar di IPTA mempunyai peluang kenaikan pangkat ke gred N44, N48, N52 dan N54.
Bahkan, rakan pensyarah di institut pendidikan guru (IPG) pun mempunyai peluang kenaikan gaji lebih baik iaitu ke gred 44 sekiranya memiliki ijazah sarjana dan seterusnya ke gred 48, 52, dan 54 secara kenaikan automatik seperti diumumkan kementerian.
Begitu juga guru di sekolah, ramai yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat ke DG44, DG48, DG52, DG54 bahkan ke taraf Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) mengikut kekananan dan pencapaian mereka.
Anehnya, mengikut pekeliling UKM (S)3.6/145/2/4 Jld 5 bertarikh 26 Februari 2007, sebenarnya hanya mensyaratkan (a) sah dalam jawatan dan berkhidmat selama tiga tahun; (b) lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 3 dan atau PTK4; (c) seorang tenaga pengajar yang baik, berpotensi atau mencapai tahap kecemerlangan akademik munasabah yang ditetapkan dan (d) mendapat sokongan Dekan/Ketua Jabatan, sedangkan ada universiti mensyaratkan memiliki ijazah kedoktoran untuk kenaikan pangkat Pensyarah Kanan gred DS52.
Isu di atas tidak terhenti begitu saja. Gaji yang diterima Pensyarah Kanan (DS52) IPTA yang dilantik adalah jauh lebih rendah daripada gaji guru di sekolah.
Mengikut 'Indeks Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) Kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pensyarah universiti dan guru sekolah sebenarnya berada dalam klasifikasi perkhidmatan sama iaitu Skim Perkhidmatan Pendidikan dengan awalan gred berbeza bagi membezakan perkhidmatan seperti DS, DU, DM, DG dan DGA.
Cuma pensyarah berada dalam bidang yang disebut Bidang Pendidikan Tinggi, manakala guru berada dalam Bidang Pendidikan Sekolah.
Ironinya, mengikut Pekeliling JPA yang berkuat kuasa 1 Julai 2007 dengan jelas mencatatkan Gred DG52 pengetua di sekolah bermula dengan tangga gaji P1T1 RM4,900.47 sedangkan pensyarah kanan universiti gred sama (DS52) diberikan gaji jauh lebih rendah iaitu P1T1 RM4,573.14.
Gaji permulaan ini akhirnya menjadi tidak seragam antara IPTA. Sebagai contoh, Universiti Sains Malaysia menawarkan tangga gaji permulaan P1T1 RM4,894.91 kepada staf gred 52 seperti Pegawai Ehwal Islam S52, Pustakawan S52, Pegawai Sains C52, dan lain-lain. Ini bermakna tiada kelebihan diberikan kepada staf akademik lama. Perkara yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak mengikis kesetiaan dan semangat bekerja rakan pensyarah yang sedang berkhidmat di IPTA.
WAKIL PENSYARAH LAMA,
Kuala Lumpur.
37 comments:
Kejuruteraan (J) J48 4428.75
Pendidikan (D) DS52 4573.47
Pendidikan (D) DM52 4573.47
Pendidikan (D) DU52 4577.64
Pendidikan (D) DUG52 4575.56
Pentadbiran dan Sokongan (N) N52 4894.91
Sosial (S) S52 4894.91
Ekonomi (E) E52 4897.69
Pertanian (G) G52 4900.47
Pendidikan (D) DG52 4900.47
Kewangan (W) W52 4935.26
Bakat dan Seni (B) B52 4936.65
Perundangan dan Kehakiman (L) L52 4939.43
Sistem Maklumat (F) F52 4978.40
Penyelidikan dan Pembangunan (Q) Q52 4978.40
Tadbir dan Diplomatik (M) M52 4981.18
Sains (C) C52 4981.18
Kejuruteraan (J) J52 4989.53
Pengangkutan (A) A52 4990.92
Perubatan dan Kesihatan (U) U52 4992.31
Asm..
Saya setuju dengan sebahagian yang mengatakan “kalau nak buat polisi biar adil dan tepat”. Ini menggambarkan integriti yang selalu dikatakan oleh kerajaan. Maklumlah kadang-kadang kita lupa dengan apa yang kita katakan, integriti tetapi lupa ada yang tidak kena dengan pembayaran gaji dan lain-lain lagi.
Tidak timbul pakai kereta atau motor atau basikal atau jalan kaki, ini berkaitan dengan hak seseorang. Kalau telah ditetapkan sama biarlah sama, dalam apa juga keadaan, tak perlu dipengaruhi oleh unsur-unsur “subjektiviti” yang lain. Saya ingin mencadangkan supaya keluhan ini diperhatikan dan dinilai supaya segala kesilapan dapat dibetulkan. Antara nilai pribadi yang paling mulia ialah mengakui kesilapan dan memperbaiki kesilapan. Wallahualam.
Wassalam
ASM...
Tampak banyak kekeliruan dlm.skim yg bermula dgn D...tak kiralah DG atau DS,
Pandangan saya, sungguhpun DS,DM,DU dan DUG tangga gajinya agak kurang 2 tangga tetapi dari segi sistem Gred inilah yang boleh dicapai ketika usia muda. Contoh seorang pensyarah dapat PhD pada usia 28 tahun maka pada awal 30-an sudah boleh mencapai DS52.
Berbanding dengan DG, N, S yang berpeluang mencapai gred 52 setelah melalui gred 41, 44, 48 baharula ke 52.
Kes Guru DG41 ke 44/48 ni susah nak dijelaskan. Bukan apa, kenaikan gred DG41 ke 44, 44 ke 48 di IPG mudah difahami kerana mereka bakal mengeluarkan graduan berijazah seperti IPT juga disamping mensyaratkan tenaga pengajarnya mempunyai minima kelulusan Master.
TAPI....yang saya tak faham, macamana guru yang mengajar tingkatan enam di naikkan gred just sekadar mengajar tingkatan enam, bukan graduan seperti di IPG.
CADANGAN SAYA:
Guru tingkatan enam wajar dinaikkan GRED jika:
1. Mengajar 16 waktu di Ting.6
2. 5 tahun berada di gred 41
3. Yang paling penting, mempunyai Master di bidang berkaitan, iaitu jika guru itu mengajar ekonomi perlu mempunyai Ijazah Master dalam bidang ekonomi, bukan sekadar sarjana pengurusan pendidikan. Baru nampak professional dalam kenaikan gred.
boi-k.C-1990-94
silap tu, jangan kata pensyarah boleh dapat DS52 dalam masa yang muda, ramai yang masih di takuk DS45 walaupun setahun dua lagi nak pencen.
Yang kedua cuba lihat PTD tak sampai 10 tahun kerja dah gred 48, muda tu...
Yang ketiga gred 52 jabatan lain tak perlu kelulusan tinggi hingga ke peringkat PhD.
jadi bagi saya bukan soal muda atau tua, yang penting ialah kesaksamaan dalam pembayaran apabila berada di tangga yang serupa. Soal cepat ke lambat ke tua ke muda itu terpulanglah kepada Jabatan kerana itu bidang kuasa masing masing untuk promote kakitangan. Sebagai JPA, yang menyelaras, penyelarasan perlu dibuat dengan betul.
Askm,
Ternyata semua berdebat mengenai tangga gaji.Tapi rasanya,perlu juga ada perdebatan mengenai mutu kerja dan produktiviti.Research berapa banyak yang diterbitkan setahun?Kenapa yang hanya ada master masih di situ juga bertahun2 sedangkan ada biasiswa menyambung peljaran?Apa sumbangan pada universiti?Apakah anda sudah ada produk yg dipantenkan?Sudah ada usaha mencari geran dari swasta selain berharap dpd kerajaan?
Mungkin gaji tuan2 sekalian boleh dinaikkan 3 kali ganda kalau universiti2 tuan/puan termasuk dlm 100 terbaik dunia.Apapun kita buat yang terbaik.Kemudian baru mintak.Bukan sebaliknya.Wsalam
sri mersing
IPTA
tak perlu la pertikai tentang gaji. yang penting buat kerja. buat kerja. buat kerja. bertawakkal. jika dapat ganjaran itu adalah rezeki dari Allah.
lets do our part. do a research, publish a paper n so on as listed in 7 criteriaz.
pensyarah adalah satu kerja yang begitu istimew. kita boleh menentukan sejauh mana kita ingin berada. malahan boleh lompat terus dari 45 ke VK7 jika kita berusaha.
let others do the rest.
kalau tak faham konsep tawakkal tak perlulah bercakap, kalau fikiran jumud dan mudah diperbodohkan oleh orang lain. Institusi lain tak publish paper tapi dapat kenaikan pangkat gak. pendaftar tu apa yang dia buat dapat gak 54 setaraf dengan professor Madya.
Inilah orang kita mengalah tak tentu pasal berselindung balik tawakal. Insan lemah konon.
ada benar, ada tidak...
sebenarnya dlm pengagihan gaji oleh jpa ini banyak sgt lompangnya, tak dikaji betul-betul.
Seorang kenalan, usia 35,btugas sbg PTD di sebuah kementerian, grednya dah 52. Itu baru gred, imbuhan lain yg org tak tahu?tiap kali luluskan projek, rm10k,50k, hingga 500k msk poketnya, dibubuh nama adik beradik, mak bapak dsbnya.
Kita yg jujur ini?kerjalah ikut prosedur, tunggu naik gred tak naik2, kalo naikpun...tak adil2, tengoklah dulu masa kenaikan gaji, gred sokongan naik sampai 35-45%, kita yg dulu merah biji mata buat ijazah dpt la 15%. Nak naik gred ckp susah, e.g mcm guru, mesti mengajar 10thn baru dpt DG44, kalo ngajar sek menengah, ada la can awal skit kalau dpt ngajar ting 6. Yg ada ijazah ngajar di sek rendah ni...?
Pensyarah pun mcm tu, gila2 belajar, loan ijazah pertama tak habis lagi, nak byr plk loan master, gaji lbh krg guru DG32,hahaha, tolak loan pendidikan, dpt la gaji mcm cikgu tadika!!!
Sbnrnya...1 saja kalau nak ubah perkara ni: tunggu semua Menteri ada master@Phd, baru mereka faham sakitnya sambung belajar!!!
saya setuju sgt la kalau dikaji balik betol2 skim gaji pensyarah nie...macam yang dibincangkan...gaji punya la seciput....xberbaloi dengan usaha kita belajar bertahun2.belajar dari ijazah..master..phD..bekerja siang dan malam...
perhatian kepada ptd yang poyo2.. phd lagi susah daripada dpa la. tapi takde la berlagak dan eksyen. kalau brani cari la aku. tanya mamak kat restoran kampung melayu melaka. rumah aku belakang tu.
zariff
cheras
Aku tak paham la org2 yg suka mengata buruk pensyarah2 yg minta skim perkhidmatan dan gaji mereka dikaji semula agar seimbang dan lebih telus.Pensyarah2 yg bersuara dituduh 'tak bersyukur la, tak cukup publication la, universiti tak masuk top 100 la'.. all these arguments are irrelevant!
Isu pokok kat sini kenapa taraf gaji dan kenaikan pangkat lecturer sungguh menyedihkan berbanding banyak skim awam yg lain? Padahal requirement nak jadi lecturer sekarang punyalah susah! Ingat senang ke nak tulis publication, organize conference, attend conference, present dalam conference, mengajar undergrad and postgrad, cari research grant, buat research, supervise students buat project paper, masters and PhD? Kalau dapat PHD belum tentu dapat confirm sebab kena ada at least 2-3 acticles published in certain journals? Ingat senang? Ramai yg keja sampai malam and weekend pun masuk office, ada diorang komplen?
Student diorang lepas grad keja dgn jabatan kerajaan lain lepas setahun dua dah dapat confirm, padahal diorang sendiri dah kerja setengah dekad pun belum confirm. If that happens to you, tak sedih ke? Tak cukup dgn tu, universiti and KPT sekarang suka hati diorang tukar syarat kelayakan dan jawatan secara tiba-tiba, walaupun awal2nya janji lain tapi tengah2 buat PHD tu boleh pulak tukar syarat and polisi. Pastu ada pulak orang atasan universiti kutuk lecturers yg komplen pasal ni, siap cakap lecturer2 yg tua-tua ni semua dengki kat dia, whuttt??
Betapa ramai kakitangan teraniaya, tak kira tua muda.
Kalau tak minat mengajar, dah lama dah diorang cabut. Orang2 yg stay as lecturers ni semua stay sebab diorang minat, kalau cabut pun masalah ni still tak selesai.
Tengok aje la berapa ramai doktor2 yg loyal stay dalam service, berkhidmat untuk universiti, baru2 ni KKM review gaji doktor, doktor kerja 10 tahun dah dpt naik 52 ke 54, SAMA macam doktor pangkat Prof. Madya kat universiti2 yg dah berjanggut2 kerja = mengajar, menulis, present conference, supervise students and at the same time merawat berpuluh pesakit satu hari. Tapi, gaji mereka takde perubahan. Nak naik pangkat still susah. How do you think they feel?
Tak salah pensyarah2 ni cuba memperjuangkan hak mereka, dalam Islam pun tak salah kalau kita fight for our right bila ditindas. Kalau proses tu tak telus dan tak adil macam Malmuz cakap tu, sapa-sapa pun akan rasa tak puas hati. Macam kerja kita tak di'acknowledge', tak dihargai dan kebajikan terabai.
Kalau tak memahami dan bersimpati, diam itu lebih baik.
senang cerita macam ni laaa...tak naik gaji takper
sapa ada phd...kita pegi luar...do not look at us as tak bersyukur or seumpama dengannya
sebab...kami2 ni ada yang belajar guna duit sendiri...kompol duit sendiri
kalau di sponsor pun...bonded!
bukan free yer...for you to put limitation on us is not fair.
kau limit,gua break bond...gua blah
don't put nonsense policy...we work hard...put yourself in our shoes.
Selepas membaca blog ni, saya rasa terkilan dengan apa yang berlaku. As an ex private sector employee and ex lecturer holding a PhD, saya merasakan ada jurang persefahaman diantara kedua dua belah pihak mengenai tanggapan terhadap gaji pensyarah. Gaji pensyarah memang tak berbaloi dengan risiko ynag diambil semasa belajar. Memang sangat tak berbaloi tetapi pensyarah mempunyai satu keistimewaan iaitu flexibility yang tak terdapat di mana mana tempat pekerjaan kecuali yang memang kaki ponteng, menular dan asyik FB. Berapakah nilai flexibility ini. Kalau kita naikkan gaji pensyarah sebanyak RM1,000 untuk mengantikan flexibility tersebut (bermaksud, pensyarah kena kerja macam mana sektor awam, bukan sektor swasta bekerja) adakah mereka ini sanggup kehilangan flexibility dan ambil tambahan RM1,000? Saya rasa besar kemungkinan 40% sanggup dan 60% tak sanggup kerana tak mahu kehilangan peluang nak balik awal, ambil anak sekolah, masak, curi tengok wayang, bowling, balik rumah tidur, part time teaching dan sebagainya. Kalau kita naikkan gaji sebanyak RM2,000 tetapi kehilangan flexibility dan mesti kerja macam sektor swasta yang takde overtime sebab dah berjawatan tinggi dan kerja macam tak ada esok lagi, adakah kita sanggup kehilangan flexibility dan ambil wang tambahan RM2,000 sebulan? Saya rasa kebarangkalian akan berkurangan mungkin 20% sanggup dan 80% tak sanggup.
Apakah pensyarah secara amnya berminat mengajar atau memang tak nak cari kerja lain selain mengajar sebabkan sayangkan flexibility tersebut? Memang ada pensyarah yang betul betul minat mengajar dengan menyediakan case study yang baik, dan membuat research secara bersungguh sungguh yang mementingkan kualiti penerbitan berbanding kuantiti dan yang berminat menjadi pakar runding daripada menjadi pembuat wang dari aktiviti perundingan. Saya tak salahkan mereka kalau golongan ini complaint kerana masa ini semuanya memerlukan wang dan gaji mereka sememangnya tak berbaloi dengan usaha.
Apa yang saya ingin katakan disini ialah seharusnya perlu wujud incentive structure yang menarik untuk mengasingkan pensyarah yang betul betul berminat untuk menjadi pensyarah yang berkualiti yang tinggi kualiti pengajarannya, dengan case study yang mendalam dan dengan research yang tinggi mutunya bagi mengasingkan pensyarah yang bukan berminat nak jadi pensyarah tetapi lebih berminat dengan flexibiliti yang disebutkan diatas. Incentive structure tersebut mestilah amat menarik dan bukan hanya dalam bentuk imbuhan tunai malah mungkin dalam bentuk yang lain yang tidak perlu melibatkan pembayaran wang kerajaan ke saku pensyarah seperti pengurangan pembayaran kadar faedah perumahan yang signifikan dari 4% ke mungkin 0% untuk tempoh dimana pensyarah tersebut betul betul menunjukkan prestasi yang tinggi. Saya merasakan, incentive structure tersebut mampu memberi kepuasan kepada pensyarah yang berkualiti dan membuatkan pensyarah yang makan angin berhenti atau mengubah sikap mereka. Takperlulah kita ke nega timur tengah, australia dan new zealand untuk mencari wang lebih kalau incentive structure yang disediakan culup menarik. Bagi pensyarah yang asyik goyang kaki tetapi champion dalam membuat comment, bersyukurlah kerana masih memiliki kerja dengan hasil wang pembayar cukai dan berubahlah, jangan asyik perfkiran negative dan merungut sebab lagi kita merunggut, lagi kuranglah produktiviti kita.

emm, kes DH41 lg sedey..dh 10 thn keje pun, masih dh41 smpai skrg..validation punya la mcm apa, tp yg dpt naik, ntah la brp kerat...
apsal si Anonymous komen ngarut2 hah? kamu ingat kerja pensyarah ni duduk goyang kaki ker, tgk wayang, amik anak sekolah....ckp biar beralas sikit....sebelum kluar kenyatan buat kajian dulu...siasat.... ko ingat flexibility pensyarah tu beri kemudahan ker pada pensyarah? Flexibility tu smpi kerja hari minggu, seminar, conference, buat kerja smpi mlm2 buta tak tido.....takkan kami nk ulas semua? tak sgka si Anonymous nyer komen tak berasas.....heran ada manusia yg negative tahap gaban mcm tu....
saya rasa memang dangkal bila kata pensyarah mempunyai satu keistimewaan iaitu flexibility dimana ada peluang nak balik awal, ambil anak sekolah, masak, curi tengok wayang, bowling, balik rumah tidur, part time teaching dan sebagainya... Flexibility bermaksud tugasan mesti disiapkan tak kira la buat kat mana ... sebagai pensyarah, kita faham tugas dan tanggungjawab yang dipikul. malahan siap ada KPI yang perlu dicapai setiap tahun ... bukan calang2 KPI... sesetengah universiti meletakkan KPI yg sgt tinggi ... berbaloi sekiranya KPI yg tinggi diikuti degan imbuhan yang tinggi .. tapi hakikatnya tidak sebegitu! tidak dinafikan ada yang mengambil kesempatan tetapi segelintir kecil sahaja. kalau betul kami nie gila duit, dah lama joint private universiti. senang2 jer gaji dibayar triple ... tapi disebabkan minat dan tanggungjawab mendidik anak bangsa... hasrat tu terpaksa diketepikan ... sebagai perbandingan, gaji pensyarah di malaysia lebih rendah dari thailand... dan sgt rendah bila dibandingkan dengan singapore ... sebab tu tak ramai pensyarah luar berkhidmat di IPTA ... kecuali IPTS.
kalau rasa x berbaloi..resign la.p keja ngan private sector or private u..baru hampa tau mcm mana keja.
ada berani ka??
komplen sana sini..bersyukur la hampa tu ada keja.setengah tu study pun free..semua kerajaan bg..la kira hampa bayaq balik la..apa punya tur.resign2..
ramai lg yg berkelayakan nk apply.
Kalau nak suruh orang resign senang je....samalah macam pensyarah juga boleh katakan perkara yang sama kepada private sector employee untuk resign kalau rasa kerja tu mencabar sangat. Tapi adakah seruan resign itu sesuai dan seiraing dengan dasar kerjaan yang nak menambah tenaga pengajar universiti yang berkelayakan Ph.D.
Mungkin yang bercakap tu tak melihat statistik bilangan PhD holder dalam negeri yang sangat rendah just over 10,000 berbanding dengan bilangan universiiti dan pelajar.
Si bercakap dalam private sector tu tau ke apa dia demand dan supply dan kaitannya dengan gaji.
Senang cerita, bila berbicara tentang polemik dan kepentingan masyarakat dan negara janganlah membuat andaian macam budak sekolah rendah. Terserlah ketidakbijaksanaan yang bercakap.
apekebendenye ni?
sape-sape tak dak phd tu..janganlah bising-bising, cemburu dan penuh hasad dengki jika tak dapat capai kenaikan pangkat seperti yang dimimpikan.....bila anda buat phd, barulah anda tahu setinggi mana langit dan bumi..kepayahan dan kesusahan sehingga nak quit pun ada...so yang ada phd tu kalau dia mintak gaji dinaikkan..itu hak dia dan tak perlulah persoalkan camna dia guna duit dia...itu hak dia dan duit dia. jangan dengki...
entahlah saya yang sudah lama bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah ipta ni tak pernah rasa relaks. sekarang ni pun banyak lagi kerja-kerja tertangguh. nak p bowling? jogging? emm semuanya tak sempat! nak uruskan admin lagi...nak uruskan family lagi...dan segala-galanya kena kejar masa. nak buat research tulis buku, journal, dan bermacam-macam lagi....ingat lepas dah ada phd senang..rupanya anda dilambakkan dengan kerja-kerja admin..tentang gaji? bukannya nak berkira..saya masih lagi DS45 dengan kelulusan phd tahun 2006 sebab tertinggal interview tahun lepas. kerja yang saya buat amat membebankan berbanding senior-seior lecturer lain yang jadi lecturer sebelum join university. kadang tu rasa amat tidak berbaloi dengan elaun yang diberi tetapi saya tetap berusaha untuk memajukan diri dengan tugas hakiki - tulis buku, jurnal, research, membentang dll, admin? emm kesibukan diri dengan masalah pelajar yang setiap satunya ada masalah masing-masing. bayangkan tugas-tugas pensyarah di ipta yang ada phd....
bukan takat gaji je yg tak berbaloi..research grant makan tahun nak lulus (w/pun research ratio kita sgt kecil banding Sgpura, Korea dan Taiwan) - dgn US or European countries tak yah banding lerr..
research grant allocation pulak sgt sikit bnding those countries.
Dlm masa sma kena buat research, present papers, produce high impact journal etc..kalu grant tak de nak guna duit mana? duit gaji??
dah le gaji sikit..hihi.
PHD...tak penah kujumpai benda sesusah itu dlm hidup ini...klau nak tahu cubalah...kalu dpt buat tu, mmg desrve tabik hormat!!
org senang2 suruh kita jadi top 100 univ in the world..depa punya grant berjuta-juta dollar, established dah beratus tahun..polisi dan guideline mantap, staff rights are always taken care...etc.
kita nak capai exactly sama cam die tp keadaan almost upside down..mmg tak logik!!
apa-apapun minat dan niat nak tolong anak bangsa yg buat kita masih disini...kita tak harap bnyk pun..sama dgn org lain pun cukuplah..yg penting "susah kita sama senang pun kita sama"..
Sudah tentu gaji pengetua sekolah seharusnya lebih tinggi dari pensyarah kanan ipt.
Sebab:
1. pengetua menguruskan sebuah 'jabatan kecil'
2. menguruskan hal-ehwal logistik
3. menguruskan hal sumber manusia & perancangannya
4. menguruskan kewangan sekolah
apa role pensyarah kanan?
Bagi yang membuat dasar, jangan fikir untuk diri sendiri sahaja. Silalah kaji... Skim yang dibuat adalah tidak menggalakkan.
Kalau kita tidak puas hati dgn gaji sendiri buatlah cadangan melalui jabatan masing-masing . Jangan bandingkan dengan jabatan lain kerana setiap kenaikan gaji dibincang dan dicadangkan kepada JPA adalah melalui jabatan masing2 dengan justifikasi yang munasabah.
aku stuju dgn ANON 5.44
brapa kerat sangat pensyarah nak buat resech?? kalau buat 1 paper smpai 5 - 6 nama share..
sape sini yg ds45 memekak memekik pasal gaji dah terbitkan jurnal?? & penah selia student master bawahnya... tulis nama anda supaya semua boleh serch google tgok hasilnya..
kebnyakan hantar ke confrence pastu ada plak pensyarah amik paper dari student PSM jadikan reserch.. ini ke kualiti pensyarah?
adil ke seorg pensyarah ds45 dah hasilkan pelbagai paper sehingga mghasil jurnal d prfkat antarabagsa menaikan nama univ masih di takuk ds45 berbanding pnsyarah baru yg baru setahun jagung mgajar yg reserch pun ala kadar x ada point naikan univ tetiba dpt kenaikan gaji.. adil ke??
brapa kerat sangat pensyarah muda hasilkan paper bekualiti bebnding pnsyrah yg betul2 minat?
belum lg pensyarah yg jenis hati busuk hasat dengki..
aku dah buat PHd di univ malaya tetiba prof aku mati.. second spvsor x suka dgn 1st supvsor akibat peslishan pdpt.. akhirnya 2nd supv. aku soh buat balik resch phd aku yg masa tu dah nak habis dah.. 4 tahun bai... terkubur hasrat aku huhuhu sub sub sub.....
cilaka x cilaka la pensyarah malaysia yg penuh dengki iri hati ni.. org melayu tu ngaku Islam tapi sikap???
itu baru pnsyarah jnis busuk hati...
ada juga pnsyarah yg main suka suki jd suprv. pd student phd yg mana bukan dlm area bidang yg dia tahu.. asalkan dia dpt student tu supaya mudah naik taraf prof. ini ke taraf pensyarah yg dok memekik pasal kenaikan gaji pangkat?
pensyarah dlm bidang
artificial intelligence ( fuzzy logic )
Tak semangatla nak buat research siang malam, apalagi nak terbitkan journal. Tak semangatla nak buat bahan mengajar yang kreatif dengan medianya... Bukan tak nak, minat sebenarnya, tapi rasa tak berbaloila dengan gaji yang sama je ngan orang yang buat kerja sama je setiap hari, yang tak perlu pikir macam nak gila buat tu buat ni. Baik buat kerja ala kadar je. Hmm, kalau pemikiran orang lain ni sama je ngan aku ni, alamatnya, tak berkembangla inovasi dan ilmu rakyat Malaysia ni. Hmm, macam mana plak dengan graduan yang bakal dilahirkan untuk memajukan negara?
Hmm, aku sbnrnya baru je sambung phd. Percayalah, susah gila, dulu ingat kacang je mcm master, rasa nak cepat2 habis je, tak keruan hidup, kepala makin botak...kalau ada duit lebih, boleh gi Yun Nam Hair Care nanti...hahaha..Darah makin tinggi ni, kena duit lagi tu nak rawat hypertension ke...sakit jiwa ke nnt...adui. ingat tak betul ke...banyak pensyarah yang hypertension and sakit jiwa skrg ni..
Better takyah susah2 keje macam orang gila sampai terabai anak bini. Kalau private kerja macam gila, gaji pun besar, bolehla bagi anak bini macam2, sejuk sikit hati...tapi kalau pensyarah, kerja macam gila...tapi gaji separuh je drpd kalau di private. nak kasi bini hadiah best2 pun tak mampu.
Ada member dah kerja 10 tahun di industri, tiba2 nak join universiti. Dia kata kerja dia mmg teruk, tapi berbaloila dapat gaji besar, tapi skrg kerja pensyarah rupanya lebih susah dan pening tapi dapat gaji separuh je...hmm, then dia masuk balik kerja industri...apa cerita...
dahla, banyak mengomen plak...sekadar luahan hati lu pikirla sdiri.

saya amat setuju dengan pandangan dan curahan perasaan anda semua teruskan perjuangan....
Bagi pembuat dasar ataupun polisi yang mereka terbabit...ingat! Jika anda tidak adil, ianya bukan habis di dunia sahaja...tapi hingga selama2 di akhirat...dalam kubur. Yang telah mati sedang diseksa, kerana barangkali merekalah membuat segala dasar yang tidak adil dan berat sebelah. Saya adalah mangsa penindasan tersebut dan menuntut hak saya di akhirat kelak... walaupun di dunia tak dapat. Insyallah.
ok..pensyarah mmg mcm2 jenis, samalah juga dimana-mana sektor pun. kat sini ade bbp kes yg common. Kes 1: Pensyarah yang dah 15 atau 20 tahun mengajar dan dah beratus pelajar grad setiap semester, die tak buat research sgt...tp suka sgt buat benda-benda psl pengajaran dan pembelajaran, (iaitu tugas hakiki)...dah 20 tahun dok gred 45,tak dapat2 gred 52! kawan yg kat gomen sektor lain keje 10 tahun dah dpt 48, aku rasa buat tugas hakiki jugak..ade korang kena buat tugas yg mcm2 selain tugas hakiki - yg perlu pengiktirafan peringkat tinggi/kebangsaan/international seperti jurnal paper dan research grant? So, comparison kat sini..korang agak2lah fair ke tidak. Kes kedua, yang suka mengajar dan suka juga buat research, dah mengajar lebih 12 tahun atau umur lebih 40 bru boleh mohon 52 kalu tak de PHD..12 tahn ngajar dan buat research bru boleh dpt 52..apply le, tp lom tentu dpt...kes 3: Yang suka ngajar, suka buat research dan sedang/sudah buat PHD...dah 12 tahu ngajar, takde PHD..tak leh apply DS 52 (x cukup syarat katanya), yg dah ade Phd..dtg syarat baru kena ade jurnal berimpak (bukan setakat jurnal biasa)...kwn baru habis PHD belum hilang lelah dah kena fikir psl jurnal impak...(kalaulah korang yg sedap2 ckp ni tau mcmana nak buat jurnak berimpak, baru korang insaf). Yang sorang tgh buat PHD ni..tak kiralah mcmana susah pun PHD tu..tak leh apply coz x cukup syarat..xde PHD lagi..tggu dpt dulu walau dah berpuluh paper atau few jurnal biasa...
salam semua…. saja nak kongsi pengalaman.. saya ada Ph.D in Civil Engineering (Geotechnical), M.Sc in Civil Engineering (Geotechnical), B.Eng with Honours (Civil) dan Diploma in Civil Engineering… Pengalaman kerja Jurutera dalam jabatan Kerajaan dari 1998 (nak masuk 14tahun dah) Tapi masih di Gred J44… masa buat Ph.D dulu hanya dapat gaji separuh, takde biasiswa dan Master buat secara part time jer…. LAGI LA TERHARU KAN???
Salam sejahtera, saya ppps gred 41, yg dah keja 23 th.Gaji lebih rendah dari kengkawan DG 32 yg tak sambung belajar. Keluar maktab gaji skim spm, buat diploma pjj belanja sendiri, buat degree ngan separuh gaji, buat master pjj belanja sendiri dan sekarang buat phd secara sambilan ngan duit sendiri, dah la tu mula jan 2012 terpaksa pulak ambik cuti tanpa gaji sebab nak speed buat phd. Pergi confrence kat oversea guna duit sendiri. Paling-paling universiti bagi duit yuran conference. Walau habis phd, saya bukan dapat pangkat apa-apa...hanya cikgu sekolah gred 41. meja kat sekolah pun kena kongsi ngan cikgu lain. Apa lagi nak rasa aircond atau dapat komputer satu sorang. Kerani pejabat pun lebih bernasib baik dari kami... Kalau setakat kerja baru 10 tahun tu tok sah bising. Awak-awak pensyarah ni memang tak tahu bersyukur (pd yang malas macam 2nd supervisor saya, sampai lupa bhw beliau adalah 2nd supervisor seorang student. Nampak saja muka saya, terus cakap i'm busy, i'm busy) Nak tanya mereka dapat percent ker dari yuran yg kita byr? Tapi supervisor pertama saya, tak tahu lah nak ckp cmna..saya ni jadi cm baby incubator dia, keje 7 hari seminggu dah 20 th jadi pensyarah tapi masih PM...Student phd beliau dah grad lebih kurang 30. Tak kira lagi student master...walau apa pun yg saya baca pasal pensyarah IPTA, azam saya ialah nak meninggalkan sekolah, sebab dah tak larat lagi nak menjerit-jerit kat bebudak. Selain tak ada prospek lepas ada phd. Tak ada skim utk yang ada master atau phd, sama ngan yg ada diploma...itu lah nasib orang yang rajin sambung belajar di sekolah.
Bro... Kalau hang dah masuk keje universiti pulak, hang mesti rindu nak kerja sekolah balik... Baru hang tahu nanti...Kat sekolah nak dapat komputer satu pun susah yer... Kat universiti ni... rabun mata hang sbb asyik tgk komputer jer nanti. Hang dah jadi supervisor nanti hang tau lah tinggi rendah langit tu... sekarang kutuk-kutuk... rasa sendiri baru tau bro... Semoga berjaya dgn PhD hang... and.. welcome to the group..
What ever..tepok dada tanya selera..yg aku tahu..kbykan pensyarah...perasan pandai.....
Post a Comment