22 December 2008

Kebajikan guru SAR Johor terus diabai

Berita Harian

SEJAK isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Johor dipaparkan akhbar, guru SAR gembira apabila Jabatan Agama Johor (JAJ) mula menunjukkan reaksi positif ke arah mendaftarkan SAR sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Segala proses yang sepatutnya dilakukan empat tahun lalu digiatkan semula. Persoalan dan keraguan yang menjadi punca ketakutan JAJ terhadap pendaftaran SAR sebagai SABK satu persatu dijawab Kementerian Pelajaran.

Pada 30 November lalu, satu taklimat ‘Memperkasakan Sekolah Agama Rakyat’ oleh JAJ dihadiri semua guru SAR Johor.

Hampir semua guru SAR hadir di Kompleks Islam Iskandar bagi mendengar taklimat itu yang mengharapkan semakin hampir pendaftaran SAR sebagai SABK.

Malangnya, bukan SABK yang menjadi fokus dalam taklimat itu bagi membela guru SAR, sebaliknya JAJ melalui Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikannya menyarankan satu formula lain yang meragukan iaitu dengan meletakkan guru SAR di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang sumber kewangannya hasil daripada kutipan zakat.

Persoalan timbul adakah layak guru SAR dibiayai pendapatan mereka hasil kutipan wang zakat? Mengapa JAJ masih tidak yakin dengan program SABK sedangkan segala kesangsian diperjelaskan pihak berwajib?

Namun, terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Zainal Abidin Osman yang turut hadir ketika itu kerana keprihatinan beliau yang melihat ada yang tidak kena dengan tindakan JAJ.

Akhirnya beliau memberi kata putus bahawa JAJ diberi tempoh enam bulan saja lagi untuk merundingkan perkara ini, seterusnya melaksanakan pendaftaran SAR sebagai SABK. Peringatan beliau terhadap JAJ bahawa dalam tempoh itu fokus perlu diberikan kepada rundingan untuk pelaksanaannya.

Malangnya, melalui satu surat yang dihantar Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor, bertarikh 11 Disember lalu, harapan guru SAR untuk melihat pendaftaran SAR Johor sebagai SABK ekoran taklimat itu seolah-olah hampir musnah.

Lain yang diharapkan lain pula yang ditawarkan. Surat itu menawarkan jawatan guru di bawah MAIJ kepada semua guru SAR. Surat menunjukkan usaha ke arah pendaftaran SAR sebagai SABK seperti tidak akan diteruskan, sebaliknya guru-gurunya saja ditawarkan berada di bawah MAIJ. Ini menimbulkan beberapa persoalan:

l Tidakkah tindakan JAJ itu membelakangkan hasrat Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor yang mewakili keputusan yang dibuat Menteri Besar?

l Jika ia bertujuan membela SAR mengapa tawaran itu hanya dibuat kepada guru tetapi tidak kepada kakitangan sekolah lain seperti bantuan disalurkan melalui SABK?

l Mengapa surat itu tidak ditandatangani sendiri Pengarah JAJ, sebaliknya hanya ditandatangani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan?

l Surat tawaran itu juga tidak dituliskan salinan kepada Pengarah JAJ yang seharusnya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan.

Apakah sebenarnya muslihat JAJ melalui tawaran ini? Adakah sekiranya ramai guru yang mengisi borang permohonan itu bakal menjadi bukti yang boleh dijadikan sandaran JAJ untuk menunjukkan guru tidak lagi menuntut pelaksanaan SABK dan tidak memerlukannya lagi?

Adakah melalui cara ini JAJ akan menafikan keputusan dan arahan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor? Adakah Pengerusi Jawatankuasa Agama sendiri dimaklumkan mengenai tawaran yang dibuat kepada guru SAR?

Semua persoalan ini hanya dapat dijawab oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

Nampaknya, JAJ seolah-olah tidak ikhlas untuk membela SAR dan tidak melaksanakan arahan yang diberikan ketika taklimat itu. Sekali lagi warga SAR akan menjadi mangsa dalam menghadapi keadaan yang tidak ketentuan ini.

GURU SAR KELIRU,

Ledang, Johor.

3 comments:

Anonymous said...

AKU DAH LAMA JADI GURU MAIJ DI SAR JOHOR . LEPASAN IPT AWAM DLM NEGERI.
OK APA. GAJI OK.BONUS DAPAT. KERJA TAK TERTEKAN. HIDUP BERKAT SBB SUMBER DARI ZAKAT. GURU SAR LAIN YANG BUKAN MAIJ PERLU SYUKUR ADA USAHA JAJ NAK SERAP KE MAIJ MACAM AKU. AKU SKRG PUN DAH DG41. WALAUPUN KONTRAK AKU DPT KONTRAK TETAP SELAGI AKU NAK NGAJOR. RUMAH DAN KERETA BESOR AKU NI PUN HASIL GAJI MAIJ.KERJA SORANG BEB. BINI PUN TAK KERJA.PUN BOLEH GEMPAK MVM MEMBER KAT KEMENTERIAN JUGAK.
KAU KALAU DAH MASUK SABK TAU LA LANGIT TINGGI RENDAH. KALAU NAK SIBUK KEJA KAT KEMENTERIAN KAU SAJA MASUK. SATU SOALAN AKU NAK TANYA ! APSAL TAK KELUAR LAGI KE J-QAF MCM KAWAN2 KITA YG LAIN TU? SBB AKU TAU JAWAPANNYA ! KAU ORG PUN SAYANG NAK LEPAS JAWATAN SBG PENGETUA DAN GPK KAT SAR TU. KAU PERJUANG PUN TAK IKHLAS, JGN NAK SIBUK PERJUANGAN ORG LAIN.
LU FIKIR LA SENDIRI !

GURU SMA JOHOR MAIJ SEJAK 2000.
TERIMA KASIH MAIJ!

Anonymous said...

SALAM. TAK SANGKA GURU SEKOLAH "MENENGAH" AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR YANG DAH BERTUGAS SELAMA HAMPIR 9 TAHUN BERBAHASA KASAR. BAGAIMANA DIA DIDIK ANAK MURID DIA KALAU NAFSU AMARAH SENDIRI TIDAK TERDIDIK. TENTU ANAK DIDIK DIA KURANG AJAR.PIHAK KERAJAAN TELAH BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MEMAJUKAN SEKOLAH AGAMA. NAMPAKNYA GURU INI TIDAK HORMAT DAN MERAGUI PADA USAHA KERAJAAN. MALAH MENGANGGAP KERAJAAN MEMPUNYAI AGENDA POLITIK. SEDANGKAN PERUNTUKAN SEBENAR YANG DISALURKAN OLEH MAIJ UNTUK MEMBIAYAI GAJI GURU MAIJ ADALAH DARIPADA KERAJAAN.SEDAR TAK ASNAF MUJAHID FISABIL BUKAN BANYAK MANA PUN NAK TAMPUNG PERBELANJAAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA DAN MENENGAH AGAMA JOHOR YANG MEMERLUKAN LEBIH DARIPADA RM 140 JUTA SETAHUN. BERAPA KUTIPAN ZAKAT JOHOR? ASNAF MANA YANG GURU TU MAKAN. HALALAN THAIBAH. SIAPA YANG PERLU FIKIR-FIKIR.

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!