23 October 2008

50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

SURAT BERITA HARIAN RUANGAN SURAT BERTARIKH 25/10/2008

Kadar EPW di Sabah sesuai


SAYA tertarik dengan komen 'Maswan' dari Kuala Lumpur, kelmarin mengenai Elaun Perumahan Wilayah (EPW) yang dianggapnya terlalu tinggi. Untuk pengetahuan, saya baru saja berpindah balik ke Semenanjung dari Sabah.

Sememangnya kadar EPW di Sabah sememangnya tinggi, namun apa yang saya alami dan lihat kadar itu berpatutan. Rumah disewa dalam anggaran yang dinyatakan ‘Maswan’ bukanlah rumah mewah.

Jika sewanya dalam anggaran RM800 hingga RM1,100, itu hanyalah rumah teres kos sederhana. Jika rumah mewah seperti banglo sewanya, RM1,500 hingga RM5,000.



Mengenai pembelian kereta, mereka kebanyakannya mengumpul duit. Adakalanya 15 tahun baru dapat kereta mewah diimport. Jika macam saya hanya bertugas di Kota Kinabalu, selama dua tahun setengah, hanya mampu membeli Kancil.

Mana sempat kumpulkan duit, dapat elaun RM830, tetapi sewa rumah kos rendah RM650. Perbelanjaan sara hidup di Sabah mahal. Sekali makan tengah hari saja mencecah RM10.

PENJAWAT BARU PINDAH,
Seremban, Negeri Sembilan.



INI JAWAPANNYA.............BACALAH

sebelum tu, nampaknya si Penjawat Baru Pindah tu tak faham tujuan pemberian Elaun EPW ini. Rujuk JPA terang2 dia cakap Ia hanya untuk menampung kos perumahan bukan kos sara hidup makan minum ko di sabah,sibuk ungkit harga makanan di sabah sampai rm10, rm10 sebab byk kemungkinannya mungkin mkn 2 kali, ambik lauk byk2, mkn di restoran berhawa dingin, makan di starbuck dan restoran2 yg seumpamanya. ada akal kan jgn ikut nafsu, pegilah cari tempat mkn yg berpatutan, blambak d sabah tu cuma berlagak saja sebab tak standard tak mau mkn tempat2 macam tu..kalau mau banding macam tu, harga makanan di KL makan ikan bakar n nasi sampai cecah RM40, fuyooo... yang paling menariknya dia sendiri mengakui boleh jumpa ruma kos rendah sekitar rm650 di sabah..jadi krajaan bagi elaun EPW sekitar RM830-rm1000 tu untuk cari ruma kos tinggi kah? itu maknanya dia mampu cari rumah sewa sekitar rm650 sebulan dan ada baki lagi untuk menyimpan...bagaimana pula penjawat awam sabah yang hanya diberikan EPW rm450 yg duduk di kl tapi rumah paling murahpun tahap ruma kos rendah saiznya sewa mencanak-canak sampai RM750..defisit pula??? siapa nak jawab soalan ini??? dia kata dia kumpul duit 15 tahun baru dapat beli kereta import,nampaknya dia tak baca sepenuh hati apa yang saya tulis sebelum ini, saya kata pelik sebab baru beberapa bulan ditempatkan di sabah sudah boleh beli kereta import..baik ini link ruangan forum isu kos hidup di sabah terutama makanan seperti yang dibangkitkan oleh si Penjawat Baru Pindah



http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=24&t=7390&st=0&sk=t&sd=a&start=15