Pegawai kanan JPS terima rasuah ditahan
Utusan Online
KUALA LUMPUR 9 Mei – Seorang pegawai kanan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM36,000.
Ibu Pejabat BPR dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada pukul 6 petang kerana disyaki menerima rasuah dalam bentuk wang tunai berjumlah RM6,000 dan barang-barang bernilai RM30,000 bulan lepas.
Suapan itu dipercayai sebagai habuan daripada beberapa kontraktor berkaitan pemberian kerja mengorek, mendalam dan melebarkan Sungai Lubok Temiang, Sungai Lada dan Sungai Sembilang, kata kenyataan itu.
Suspek ditahan reman bermula hari ini sehingga 16 Mei untuk siasatan lanjut.
Dia disiasat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara mandatori tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment