Integriti: Amalan atau retorik?
Utusan Online
Saya dan rakan-rakan menerima Surat Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke Gred DG48 (KUP) bertarikh 2 September 2004 namun lantikan tidak dibuat. Surat aduan dan rayuan dihantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada 25 Oktober 2005. SPP melalui surat 25 September 2006 memaklumkan pada 3 Disember 2003 nama saya dan rakan-rakan disenarai dan diperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Kementerian Pelajaran dan pada 19 Disember 2003 lembaga membuat keputusan tidak meluluskan perakuan tersebut.
Isu 1 – Jika tidak diluluskan mengapa Surat Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke Gred DG48 (KUP) sebagai Guru Cemerlang bertarikh 2 September 2004 dan surat Kementerian Pelajaran bertarikh 25 Ogos 2004 dikeluarkan oleh JPS dan KPM (8 bulan selepas tarikh 19 Disember 2003). Sepatutnya ketetapan terbaru diguna pakai.
Surat-surat berkenaan yang tidak dibatalkan membawa kesan negatif kepada perkembangan karier saya. Usaha mendapat biasiswa Kursus Peringkat PhD dan usaha memohon kursus-kursus dalam perkhidmatan seperti NPQH terjejas.
Isu 2 – Pegawai Cawangan Dasar dan Pembangunan Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan JPA, melalui surat 13 September 2007, mengaku berlaku kenaikan pangkat 28 orang PPPS pada tahun 2003, tahun peralihan SSB ke SSM. Pertimbangan kenaikan pangkat Guru Cemerlang DG48 ke Gred DG54 yang dibuat pada 25 November 2004 dikuatkuasakan pada 31 Disember 2003 bagi menjadikan lantikan sah kerana mulai 1 Januari 2004 lantikan dari DG48 hanya ke Gred 52.
Ironinya nama saya dan rakan-rakan yang disenarai dan diperakukan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat pada 3 Disember 2003 (11 bulan terdahulu), lantikan tidak pula dikuatkuasakan pada tarikh kebelakang.
Nampaknya kaedah direka untuk menaikkan pangkat, dan helah dicari untuk tidak menaikkan pangkat. Inikah penghayatan pentadbiran adil dan beramanah?
Kaedah melantik saya dan rakan-rakan patut juga direka atas faktor-faktor berikut;
A. 503 Jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 masih kosong (109 kuota Selangor).
B. Iklan Pemilihan Guru Cemerlang PPPS 2003 ialah untuk Gred DG48. Peluang (waran) saya dan rakan-rakan tidak wajar diberi kepada pihak lain pula.
C. Merit perkhidmatan ialah memperoleh 92% hingga 94% markah Laporan Nilai Prestasi tahun 2002 hingga 2006 dan menerima APC kali ke-3 pada tahun 2005.
Kepada Unit Tatatertib, jika ada unsur kecuaian dalam pengeluaran surat-surat bertarikh 2 September 2004 dan 25 Ogos 2004 maka tindakan tatatertib atau/dan surcaj mesti dikenakan terhadap pegawai-pegawai bertanggungjawab tanpa mengira pangkat.
PEGAWAI TERANIAYA
Selangor.
2 comments:
semak di sini juga:
http://www.youtube.com/user/checkast
Post a Comment